Nur Illiya, gadis yang berusia 20 tahun ini sedang dalam semester akhir pengajian pada peringkat diploma. Status Illiya kini ialah penganggur terhormat di rumah baba dan mamanya. Illiya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
Percintaan dan Illiya kini bukanlah sahabat karib setelah gagal dalam hubungan sebanyak dua kali. Percintaan pertama antara Illiya dan Ikmal, seorang lelaki yang panas baran. Pantang Iliiya melakukan kesalahan sedikit, memang maki hamunlah balasan yang Illiya terima. Pengakhiran hubungan mereka, Illiya yang beri kata putus. Illiya dah bosan dengan janji Ikmal yang kononnya nak berubah, tapi sampai sekarang sama sahaja perangainya. Walaupun Ikmal merayu-rayu, hati Illiya dah tak termakan dengan kata-kata Ikmal. Illiya benarkan mereka berhubung sebagai rakan sahaja, tidak lebih.
Danish pula merupakan bekas teman istimewa Illiya. Hubungan mereka juga gagal di tengah jalan. Sikap Danish yang seperti acuh tak acuh itu membuatkan Illiya muak. Walaupun pada awalnya, hubungan mereka sangat bahagia, tapi akhirnya putus juga. Hubungan Illiya dan Danish sangat rapat, bahkan boleh dikatakan seperti tiada rahsia antara mereka. Semua tentang Illiya, Danish tahu dan begitulah sebaliknya.
Pernah satu masa dahulu, Illiya menurut kemahuan Danish yang mahu dia menghantar gambarnya tidak bertudung. Illiya sangat berat hati memandangkan dia masih tahu mana yang halal dan haram. Tapi, akhirmya Illiya kalah kerana sayangnya dia pada kekasihnya itu. Banyak kali juga Illiya cuba untuk berpisah sebab dia tahu apa yang dia dan Danish buat adalah salah. Danish tak pernah nak lepaskan Illiya dan ugut Illiya untuk sebarkan gambarnya yang tidak menutup aurat membuatkan Illiya jadi takut.
" Sayang, saya rasa kita tak boleh bersama. Mak saya nak jodohkan saya dengan orang lain. Jangan risau saya akan anggap awak sebagai kawan baik." - Pesanan ringkas dihantar oleh Danish.
'Haih, drama betul dia ni', bisik hati kecil Illiya.
" Oh, really? Hmm.. okay then. Don't contact me anymore" - ringkas sahaja balas Illiya.
Illiya lega kerana mungkin itulah akhirnya kisah cinta di dan Danish. Namun, sedih itu turut dirasa. Hampir tiga bulan, barulah dia dapat melupakan Danish dan kenangan-kenangannya. Malangnya, Danish muncul dengan alasan tidak dapat melupakan Illiya dan katanya dia sanggup untuk mengambil Illiya sebagai isteri kedua. 'Masalahnya, aku yang tak sanggup kau tahu?' bisik hati kecil Illiya lagi.
Begitulah keadaan hubungan mereka, on-off. Illiya dah jemu dengan perangai Danish yang playboy itu. Kadang-kadang, Illiya rasa seolah-olah dicari hanya ketika dia bosan dan tidak mempunyai teman di sekeliling. Lama-kelamaan, Illiya tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka. Dalam tawar hati Illiya, ada juga rasa takut dan kesal akan dosa-dosa masa silamnya yang membuatkan dia tidak mahu memberi komitmen dalam mana-mana hubungan lagi.
Illiya bermula semula dari kosong. Illiya tahu dia kena mendekatkan dirinya semula dengan Sang Pencipta sebelum sesiapa pun. Walaupun Danish dan Ikmal sering mengganggunya untuk meneruskan hubungan, Illiya tetap dengan keputusannya. Cara lembut tak bekesan, terpaksa jugalah Illiya berkasar walaupun tahu kedua-duanya tetap tidak makan dek saman.
Setahun kemudian,
"Mak Uda, jangan lupa kirim salam kat adik Mak Uda tu", gurau Illiya.
"Dik, anak buah akak kirim salam. Katanya nak berkenalan", selamba sahaja Mak Uda memberitahu Fayyadh, adiknya.
Illiya memandang Mak Uda seakan tak percaya dengan apa yang baru didengari.
"Kak, akak jangan cakap je. Jangan tak bagi pula nombor dia", jawapan Fayyadh membuatkan Illiya rasa nak pengsan.
Perkenalan tanpa sengaja antara Illiya dan Fayyadh yang berpunca daripada gurauan Illiya sendiri. Fayyadh yang menerima untuk berkenalan dengannya membuat Illiya bertambah segan dan malu. Namun begitu, Illiya tidak mengharapkan apa-apa kerana jelas dia masih terkesan dengan peristiwa lalu dan Fayyadh pula lebih fokus akan kerjayanya sebagai penembak negara.
Berusia setahun tua daripada Illiya, jejaka yang bernama Mohd Fayyadh ini merupakan seorang penembak negara. Dia memilih untuk menyambung kerjayanya yang merupakan minat dan kelebihannya berbanding menyambung pelajaran. Memandangkan faktor kesibukan, Fayyadh memang tidak bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan percintaan kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen.
Jarang berhubung antara satu sama lain dek kesibukan. Namun, Fayyadh tidak pernah lupa bertanya khabar Illiya jika ada masa senggang. Sedikit sebanyak, hati Illiya terusik. Setelah beberapa bulan perkenalan, Fayyadh menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Illiya. Menurut Fayyadh lagi, perkara yang baik tak perlu ditangguh-tangguh dan masing-masing mempunyai masa seumur hidup untuk saling mengenali.
Wanita mana yang tak gembira, kan? Tapi, dalam masa yang sama, Illiya takut kalau Fayyadh tak dapat terima masa silamnya.
" Kalaulah masa silam Illiya sangat gelap, sanggup tak awak terima Illiya lagi?" soal Illiya.
" Fayyadh tak cari pun orang yang sempurna. Fayyadh tahu semua orang ada masa silam tersendiri termasuk diri Fayyadh sendiri. Yang lepas kita jadikan teladan. Fayyadh ikhlas nak jadikan Illiya isteri Fayyadh", tutur Fayyadh.
Akhirnya, Illiya dan Fayyadh disatukan sebagai suami isteri. Alhamdulillah, urusan mereka dimudahkan. Keluarga masing-masing merestui niat baik mereka. Ikmal menghadiri majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya pilu, tapi dia tetap mendoakan kebahagiaan Illiya dan Fayyadh. Illiya tidak mengundang Danish kerana bimbang dia akan membuat onar. Apa-apa pun Illiya tetap mendoakan kebahagiaan mereka.
"Terima kasih", ucap Illiya.
" Abang yang patut berterima kasih sebab sayang sudi terima", ujar Fayyadh dengan tanggannya menggenggam kemas tangan isterinya.
" Illiya...", belum pun Illiya menghabiskan ayatnya, Fayyadh meletakkan jari telunjuknya di bibir Illiya.
" Tiada yang perlu dikesalkan. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Sayang terima kekurangan dan kelebihan abang dan begitulah abang akan menerima kelebihan dan kekurangan sayang", tenang raut wajah Fayyadh berbicara.
Illiya yakin bahawa Fayyadh orang yang tepat dihadirkan olehNya di saat dia sudah hampir tidak mahu bercinta lagi. Insan yang tepat akan dihadirkan pada masa yang tepat. Hijrah cinta Illiya memberi kemanisan dalam hidup Illiya. Kembali pada Illahi dan Dia akan memberi yang terbaik untuk kita.
p/s: Assalamualaikum wbt. Maaf ya andai cerpen ni macam tak best sangat. Dah kematian idea. Harap-harap kalian yang membaca, enjoy ok?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan