Baiklah hari ni, saya cuma nak berkongsi sedikit curahan hati. Cinta ni tak perlu saya definisikan terhadap siapa atau kepada apa. Terpulang kepada pembaca untuk membayangkan cinta atau hubungan masing-masing. Mungkin cinta kepada Illahi, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan atau cinta kepada pasangan dan banyak lagilah definisi cinta.
Apabila kita berada di dalam sebuah hubungan, kepercayaan adalah perkara yang paling penting. Kedua-dua belah pihak perlu saling mempercayai antara satu sama lain. Ok, saya tak nak hurai panjang-panjang sangat isu kepercayaan ni. Seterusnya, isu overthinking. Overthinking dengan sesetengah manusia memang tak dapat dipisahkan. Tapi, kita kena ingat yang overthinking kills our happiness. Takkan setiap masa nak overthinking, kan???? Dekat sini kita boleh nampak pentingnya kepercayaan dalam sesebuah hubungan. Selain daripada overthinking, sifat cemburu buta juga amat berbahaya. Tidak salah mahu cemburu, tapi biarlah berpada-pada. Sikap sentiasa mahukan perhatian daripada pasangan juga kadang-kadang boleh menyebabkan keretakan pada sesebuah hubungan. Setiap manusia memiliki tanggungjawab dan ada komitmen yang harus diberikan perhatian. Jadi, amat mustahil jika kita mahukan perhatian 24/7 daripada pasangan. Sekali lagi, kepercayaan memainkan peranan. Dalam sebuah hubungan, kita amat tidak digalakkan untuk bersikap mementingkan diri sendiri bahkan dalam komuniti juga.
Cuba kita bayangkan suatu hari kita sendiri yang terlampau sibuk hingga tidak dapat berhubung dengan pasangan dan pasangan kita pula yang overthinking, cemburu buta, tidak percaya dengan alasan yang kita kemukakan dan munuduh kita yang bukan-bukan...bagaimanakah perasaan kita pada waktu itu? Mesti sedih, kecewa dan sakit hati, kan?Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan jadikannya sebagai alasan dalam berjaya atau gagalnya sebuah hubungan.
We must appreciate our partner and we need to tolerate with them. Don't blame others when you cannot be happy while yourself don't allow you to feel that. We shall not keep seeing others' mistakes. Everyone in this world deserve to be happy and to be loved. Your dark history do not ensure your future. You have the right to draw your own future. Draw your journey without nobody holds the pen.
Ok lah. Setakat ini sahaja penulisan kali ini.
Salam sayang,
~ uswah ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan