Khamis, 22 Februari 2018

CERPEN : HIJRAH CINTA?

   Nur Illiya, gadis yang berusia 20 tahun ini sedang dalam semester akhir pengajian pada peringkat diploma. Status Illiya kini ialah penganggur terhormat di rumah baba dan mamanya. Illiya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

   Percintaan dan Illiya kini bukanlah sahabat karib setelah gagal dalam hubungan sebanyak dua kali. Percintaan pertama antara Illiya dan Ikmal, seorang lelaki yang panas baran. Pantang Iliiya melakukan kesalahan sedikit, memang maki hamunlah balasan yang Illiya terima. Pengakhiran hubungan mereka, Illiya yang beri kata putus. Illiya dah bosan dengan janji Ikmal yang kononnya nak berubah, tapi sampai sekarang sama sahaja perangainya. Walaupun Ikmal merayu-rayu, hati Illiya dah tak termakan dengan kata-kata Ikmal. Illiya benarkan mereka berhubung sebagai rakan sahaja, tidak lebih.

   Danish pula merupakan bekas teman istimewa Illiya. Hubungan mereka juga gagal di tengah jalan. Sikap Danish yang seperti acuh tak acuh itu membuatkan Illiya muak. Walaupun pada awalnya, hubungan mereka sangat bahagia, tapi akhirnya putus juga. Hubungan Illiya dan Danish sangat rapat, bahkan boleh dikatakan seperti tiada rahsia antara mereka. Semua tentang Illiya, Danish tahu dan begitulah sebaliknya.

   Pernah satu masa dahulu, Illiya menurut kemahuan Danish yang mahu dia menghantar gambarnya tidak bertudung. Illiya sangat berat hati memandangkan dia masih tahu mana yang halal dan haram. Tapi, akhirmya Illiya kalah kerana sayangnya dia pada kekasihnya itu. Banyak kali juga Illiya cuba untuk berpisah sebab dia tahu apa yang dia dan Danish buat adalah salah. Danish tak pernah nak lepaskan Illiya dan ugut Illiya untuk sebarkan gambarnya yang tidak menutup aurat membuatkan Illiya jadi takut.

" Sayang, saya rasa kita tak boleh bersama. Mak saya nak jodohkan saya dengan orang lain. Jangan risau saya akan anggap awak sebagai kawan baik." - Pesanan ringkas dihantar oleh Danish.

'Haih, drama betul dia ni', bisik hati kecil Illiya.

" Oh, really? Hmm.. okay then. Don't contact me anymore" - ringkas sahaja balas Illiya.

   Illiya lega kerana mungkin itulah akhirnya kisah cinta di dan Danish. Namun, sedih itu turut dirasa. Hampir tiga bulan, barulah dia dapat melupakan Danish dan kenangan-kenangannya. Malangnya, Danish muncul dengan alasan tidak dapat melupakan Illiya dan katanya dia sanggup untuk mengambil Illiya sebagai isteri kedua. 'Masalahnya, aku yang tak sanggup kau tahu?' bisik hati kecil Illiya lagi.

   Begitulah keadaan hubungan mereka, on-off. Illiya dah jemu dengan perangai Danish yang playboy itu. Kadang-kadang, Illiya rasa seolah-olah dicari hanya ketika dia bosan dan tidak mempunyai teman di sekeliling. Lama-kelamaan, Illiya tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka. Dalam tawar hati Illiya, ada juga rasa takut dan kesal akan dosa-dosa masa silamnya yang membuatkan dia tidak mahu memberi komitmen dalam mana-mana hubungan lagi.

   Illiya bermula semula dari kosong. Illiya tahu dia kena mendekatkan dirinya semula dengan Sang Pencipta sebelum sesiapa pun. Walaupun Danish dan Ikmal sering mengganggunya untuk meneruskan hubungan, Illiya tetap dengan keputusannya. Cara lembut tak bekesan, terpaksa jugalah Illiya berkasar walaupun tahu kedua-duanya tetap tidak makan dek saman. 

Setahun kemudian,

   "Mak Uda, jangan lupa kirim salam kat adik Mak Uda tu", gurau Illiya.

  "Dik, anak buah akak kirim salam. Katanya nak berkenalan", selamba sahaja Mak Uda memberitahu Fayyadh, adiknya.

Illiya memandang Mak Uda seakan tak percaya dengan apa yang baru didengari.

"Kak, akak jangan cakap je. Jangan tak bagi pula nombor dia", jawapan Fayyadh membuatkan Illiya rasa nak pengsan.

   Perkenalan tanpa sengaja antara Illiya dan Fayyadh yang berpunca daripada gurauan Illiya sendiri. Fayyadh yang menerima untuk berkenalan dengannya membuat Illiya bertambah segan dan malu. Namun begitu, Illiya tidak mengharapkan apa-apa kerana jelas dia masih terkesan dengan peristiwa lalu dan Fayyadh pula lebih fokus akan kerjayanya sebagai penembak negara. 

   Berusia setahun tua daripada Illiya, jejaka yang bernama Mohd Fayyadh ini merupakan seorang penembak negara. Dia memilih untuk menyambung kerjayanya yang merupakan minat dan kelebihannya berbanding menyambung pelajaran. Memandangkan faktor kesibukan, Fayyadh memang tidak bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan percintaan kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen.

   Jarang berhubung antara satu sama lain dek kesibukan. Namun, Fayyadh tidak pernah lupa bertanya khabar Illiya jika ada masa senggang. Sedikit sebanyak, hati Illiya terusik. Setelah beberapa bulan perkenalan, Fayyadh menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Illiya. Menurut Fayyadh lagi, perkara yang baik tak perlu ditangguh-tangguh dan masing-masing mempunyai masa seumur hidup untuk saling mengenali.

  Wanita mana yang tak gembira, kan? Tapi, dalam masa yang sama, Illiya takut kalau Fayyadh tak dapat terima masa silamnya.

" Kalaulah masa silam Illiya sangat gelap, sanggup tak awak terima Illiya lagi?" soal Illiya.

" Fayyadh tak cari pun orang yang sempurna. Fayyadh tahu semua orang ada masa silam tersendiri termasuk diri Fayyadh sendiri. Yang lepas kita jadikan teladan. Fayyadh ikhlas nak jadikan Illiya isteri Fayyadh", tutur Fayyadh.


   Akhirnya, Illiya dan Fayyadh disatukan sebagai suami isteri. Alhamdulillah, urusan mereka dimudahkan. Keluarga masing-masing merestui niat baik mereka. Ikmal menghadiri majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya pilu, tapi dia tetap mendoakan kebahagiaan Illiya dan Fayyadh. Illiya tidak mengundang Danish kerana bimbang dia akan membuat onar. Apa-apa pun Illiya tetap mendoakan kebahagiaan mereka.

"Terima kasih", ucap Illiya.

" Abang yang patut berterima kasih sebab sayang sudi terima", ujar Fayyadh dengan tanggannya menggenggam kemas tangan isterinya.

" Illiya...", belum pun Illiya menghabiskan ayatnya, Fayyadh meletakkan jari telunjuknya di bibir Illiya.

" Tiada yang perlu dikesalkan. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Sayang terima kekurangan dan kelebihan abang dan begitulah abang akan menerima kelebihan dan kekurangan sayang", tenang raut wajah Fayyadh berbicara.

   Illiya yakin bahawa Fayyadh orang yang tepat dihadirkan olehNya di saat dia sudah hampir tidak mahu bercinta lagi. Insan yang tepat akan dihadirkan pada masa yang tepat. Hijrah cinta Illiya memberi kemanisan dalam hidup Illiya. Kembali pada Illahi dan Dia akan memberi yang terbaik untuk kita.



p/s: Assalamualaikum wbt. Maaf ya andai cerpen ni macam tak best sangat. Dah kematian idea. Harap-harap kalian yang membaca, enjoy ok?




   


Rabu, 21 Februari 2018

KARANGAN BAHASA ARAB @ INSYAK 3

دور الصلاة

إن الصلاة ركن ثاني من أركان الإسلام. الصلاة مهمة لسعادة الناس في الدنيا والأخيرة. الصلاة عماد الدين. واجب علينا أن نصلي 
في كل اليوم. إن الصلاة عبادة عن أقوال وأفعال مبتدئة بالتكبير و مختتمة بالتسليم.

الصلاة توطيد علاقة بين المسلمين. يصلي المسلمون صلاة جماعة في المسجد. إذن، تقابل المسلمون دائما و تقوي علاقة بينهم. قال الرسول (ص): الصلاة الجماعة أفضل من صلاة الفرد سبعة وعشرون درجات. تصح الصلاة الجسم والعقل أيضا. نصلي صلاة الفرض خمسة مرات في كل اليوم و نعمل صلاة السنة مثل صلاة الرواتب و صلاة التهجد و صلاة التوبة وغيرها.

إن الصلاة تقربنا إلى الله. تبتعد الصلاة من صفات المذمومة مثل الرياء والتكبر كما قال الله تعالى في كتابه العزيز، إن الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر. الصلاة تعلم المسلمون احترام النظام والقانون أيضا لأن واجب علينا أن نصلي في وقتها. مثلها، نصلي صلاة الفرض المغرب عند غروب الشمس.

علينا أن نسارع في فعل الخيرات مثل الصلاة لأن العمل الصالح يؤدي إلى أخلاق محمودة. فعل الخيرات ضمان سعادة الدنيا والأخيرة. كما قال الله تعالى، فاستبقوا الخيرات. وخلاصة القول، أن الصلاة يولد الأسرة السعيدة والمجتمع المتحاب.


PERANAN SOLAT

Sesungguhnya solat ialah rukun kedua dalam rukun Islam. Solat penting untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Solat itu tiang agama. Wajib ke atas kita untuk solat pada setiap hari. Sesungguhnya solat adalah ibadah perkataan dan perbuatan yang bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam.

Solat mengukuhkan hubungan antara manusia. Para muslim menunaikan solat jemaah di masjid. Jadi, mereka selalu berjumpa dan menguatkan hubungan antara mereka. Sabda baginda SAW, "solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat". Solat menyihatkan tubuh dan akal juga. Kita menunaikan solat fardhu lima kali pada setiap hari dan kita mengerjakan solat sunat seperti solat rawatib, solat tahajud, solat taubat dan sebagainya.

Sesungguhnya solat mendekatkan kita kepada Allah. Solat mencegah daripada sifat mazmumah seperti riak dan takbur sepertimana firman Allah SWT dalam kitabnya yang mulia, " sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara yang dibenci dan mungkar. Solat juga mengajar manusia mematuhi peraturan kerana wajib ke atas kita untuk menunaikan solat pada waktunya. Contohnya, kita solat fardhu maghrib selepas terbenamnya matahari.

Kita hendaklah berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan seperti solat keran amal yang soleh membawa kepada akhlak yang baik. Amalan baik menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Sepertimana firman Alah SWT, " maka berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan". Akhir kata, solat melahirkan keluarga yang bahagia dan masyarakat yang penyayang.

p/s:Assalamualaikum wbt. Hari ni, uswah sediakan lagi satu insyak yang bertajuk peranan solat. Macam biasa, harapnya karangan ni bermanfaat untuk semua. Segala kesalahan dari segi nahu (tatabahasa) haraplah dimaafkan.

Rabu, 7 Februari 2018

KARANGAN BAHASA ARAB @ INSYAK 2

دور المعلمين في تأديب الأمة

المعلم مثل الوالدين لأطفل في المدرسة. يخبر المعلمين العلم بالجد والإجتهاد بدون المال واليأس. المعلمون ضروريون في تأديب  الأمة الصالحة في المستقبل
.
يعلم المعلم الأولاد بتربية كاملة و أخلاق حسنة. يذهب الأولاد إلى المدرسة كل يوم. يدرس الأولاد العلم مع المعلمين في المدرسة. يوزع المعلمون النور إلى الأولاد لضمان نجاحهم.

المعلمون ضروريون في بناء الدولة المتقدمة في المستقبل. يضمين المعلمين أيضا المستقبل الباهير للدولة. يوجد العلوم في الصدر المعلمين. قال الحكماء، "العلم الصدر مثل الشمس
.
يشرح المعلمون إلى طلابهم أن الدراسة مهمة في حياة الإنسان. إن "طلب العلم فريضة على كل مسلم". الشهرة للناس هو ثمرة الإجتهاد المعلمين في الوقت الماضي
.
يوزع المعلمون المساندة إلى الوالدين والطلاب وأصدقائهم في الوقت إستطاعة والوقت الأخرى. يتعاون المعلمون مع الوالدين في تربية الأولاد للحصول على النجاح. الأولاد النجاح يمكينون قيادة الصالح في المستقبل.

إن المعلمين يستطيعون لتأديب الأمة الباهيرة. أحب معلمي جدا

PERANAN GURU DALAM MENDIDIK UMMAH

Guru seperti ibu bapa bagi anak-anak di sekolah. Guru menyampaikan ilmu dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa. Guru penting dalam mendidik ummah yang baik untuk masa hadapan.

Guru mengajar anak-anak dengan didikan yang sempurna dan akhlak yang baik. Anak-anak pergi ke sekolah setiap hari. Anak-anak belajar ilmu bersama guru-guru di sekolah. Guru memberi cahaya kepada anak-anak untuk menjamin kejayaan mereka.

Guru penting dalam membina negara yang maju pada masa hadapan. Guru juga menjamin masa hadapan yang cemerlang untuk negara. Wujud banyak ilmu di dalam dada para guru. Kata bijaksana, ilmu di dada seperti matahari.

Bersyarah guru-guru kepada pelajar-pelajarnya tentang pelajaran penting dalam hidup manusia. Sesungguhnya menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim. Permuafakatan sesama manusia adalah buah kesungguhan guru-guru pada masa lalu.

Guru memberi pertolongan kepada ibu bapa, pelajar-pelajar dan raka-rakan mereka pada waktu yang diperlukan dan lain-lain waktu. Berkerjasama guru-guru bersama ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan. Anak-anak yang berjaya membolehkan kepipimpinan yang bagus pada masa hadapan.

Sesungguhnya guru boleh untuk mendidik ummah yang cemerlang. Saya sangat guru saya.

p/s: Karangan ni ditulis sendiri oleh saya semasa berada di tingkatan 4. Alhamdulillah, markahnya 28/30. Karangan yang ini telah dibetulkan kesalahannya. Sebarang kesalahan pada struktur ayat dan makna amatlah dikesali. Semoga bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum wbt.

Selasa, 6 Februari 2018

Karangan Bahasa Arab @ Insyak

 بحسن المعاشرة تدوم المحبة


محمد طالب طيب. يدرس محمد في السنة الرابعة في المدرسة السلطان أزلن شاه الثانوية الوطنية الدينية بولاية ڤيرق، إحدى الولاية في شمال شبه للجزيرة ماليزيا. أخلاقه کريم، طاعة الله ورسوله وکذا اوامر والديه. يحبه والديه وکذا أصدقاءه في مدرسة. يساعد أصدقاءه في وقت الحاجة قدر استطاعة في الدراسة وفي نشاطات الأخرى. يدرس بالإجتهاد في الفصل. وليس غريب عنه أن يحبه المعلمين والمعلمات.
في يوم من الأيم ، أصاب رئيس اللجنة النظافة والسلامة في قرية محمد بمرض "ديغکي". ثم الفحص على المرض من الطلبين في قريته. وتداوى رائيس اللجنة في المستشفى بعدة الأسبوعين.
في العطلة المدرسية نصف السنة، رجع محمد إلى قريته. خبر ابوه عن المصيبة التي أصاب رئيس اللجنة. استضيف محمد إلى عمدة القرية يستاءذن منه أن نظفوا قريتهم. اجتمع السكان القرية في يوم الموعد. هم نظفوا مسجدهم والمباني الأخرى. أصبحت قرية جميلة ونظيفة.
ذات يوم، جاء الوزير السياحة، داتوء سري صبرالدين إلى قريته. تعجب الوزير على النظافة والجمالة قريتهم. تهنئ الوزير إلى عمدة القرية وسكانها. أراد الوزير أن تشترك القرية في مسابقة "القرية الجميلة" على مستوى الوطني.
حصلت هذا القرية بمىكاذ الأولى في تلك المسابقة. فرح السكان القرية على نجاحهم. يوزع الوزير الهادايا إلى عمدة القرية. إذان، واجب علينا أن نتعاون في تنظيف القرية مع سكان القرية. إن بحسن المعاشرة تدوم المحبة.
وهذه القصة تنطبق تماما بقول بحسن المعاشرة تدوم المحبة.
Dengan Berkerjasama Bertambahlah Kasih Sayang

Muhammad pelajar yang baik. Muhammad belajar dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Perak, sebuah negeri yang terletak di pantai utara Malaysia. Akhlaknya mulia, taat kepada Allah dan rasulnya dan mematuhi ibu bapanya. Dia menyayangi ibu bapanya dan rakan-rakannya di sekolah. Dia membantu rakan-rakannya pada waktu yang diperlukan seperti mengulangkaji pelajaran dan aktiviti lain. Dia belajar dengan bersungguh-sunggu di dalam kelas. Maka, tidak peliklah guru-guru menyukainya.

Pada suatu hari, telah ditimpa ketua kumpulan kebersihan dan keselamatan di kampung Muhammad dengan penyakit Denggi. Kemudian, beliau mendapat pemeriksaan terhadap penyakitnya daripada doktor di kampungnya dan beliau ditahan di hospital selama seminggu.

Pada cuti sekolah pertengahan tahun, Muhammad telah pulang ke kampung. Ayahnya telah memberitahu tentang musibah yang menimpa ketua kumpulan. Muhammad telah menziarah ketua kampung lalu meminta izin daripadanya untuk membersihkan kampung mereka. Penduduk kampung telah berkumpul pada hari yang dijadualkan. Mereka membersihkan masjid dan tempat-tempat lain. Kampung mereka telah menjadi cantik dan bersih.

Satu hari, telah datang Menteri Pelancongan, Dato' Seri Sabaruddin ke kampungnya. Menteri itu takjub akan kebersihan dan kecantikan kampung mereka. Menteri mengucapkan tahniah kepada ketua kampung dan penduduknya. Menteri ingin memasukkan kampung tersebut dalam pertandingan "Kampung Cantik" pada peringkat kebangsaan.

Kampung itu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Penduduk kampung gembira atas kejayaan mereka. Menteri menyampaikan hadiah kepada ketua kampung. Jadi, wajib ke atas kita untuk berkerjasama dalam membersihkan kampung bersama penduduk kampung. Sesungguhmya, dengan berkerjasama bertambahlah kasih sayang.

Dan kisah ini amat menepati kata-kata hikmah "dengan bekerjasama bertambahlah kasih sayang".

p/s: Hari ni Uswah saja nak kongsi karangan bahasa Arab buat zaman sekolah dulu. Maafkan kalau ada yang tersalah. Semoga bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum wbt.