Intan Natasha, seorang florist di kota yang sibuk. Hidupnya seorang diri setelah kematian kedua orang tuanya yang tersayang akibat kemalangan jalan raya. Sejak daripada kejadian itu, Natasha membuka kedai bunga itu untuk menyara kehidupan di kota yang sememangnya memiliki kos sara hidup yang tinggi. Bukanlah dia tidak memiliki ijazah, tapi dia selesa berkerja sendiri dari makan gaji. Waktu kerjanya,urusan hariannya malah soal gajinya pun dia yang uruskan.
"Hello, miss! May I get a bouqet of these roses?" tanya seorang lelaki.
Daripada gayanya yang kemas dan segak itu, Natasha mengagak bahawa lelaki tersebut daripada golongan yang berada.
"Sepuluh ringgit, encik. Terima kasih", kata Natasha sambil menghulurkan sejambak bunga itu kepada lelaki tersebut.
Lelaki itu mengambil bunga tersebut dan berlalu pergi.
"Ibu mesti suka bunga ros ni", ujarnya lagi.
Sekali pandang, sudah terjatuh suka. Pandang kali kedua, sudah terjatuh sayang. Hati Natasha sudah terpaut akan kemanisan raut wajah yang dimiliki pelanggannya sebentar tadi. Namun, dia hanya mampu memendam rasa sahaja kerana dia yakin bahawa lelaki semanis itu pastinya sudah berpunya. Buktinya baru sahaja lelaki itu membeli bunga dari kedainya. Pasti ingin dijadikan hadiah untuk buah hati.
Ikmal Amry. Itulah nama pemilik raut wajah manis yang telah berjaya mencairkan hati seorang Natasha. CEO sebuah syarikat yang terletak tidak jauh dari kedai bunga Natasha. Ikmal sebenarnya turut menaruh perasaan kepada Natasha. Bunga untuk ibu hanya alasan sahaja agar dia dapat melihat wajah kesayangan hatinya.
Sejak hari itu, Ikmal tidak pernah tidak membeli bunga di kedai Natasha. Ibunya sudah tidak tahu mahu meletakkan bunga-bunga pemberian anak terunanya itu di mana-mana ruang di rumah. Lama-kelamaan, hubungan Natasha dan Ikmal semakin rapat disebabkan Ikmal sering menceritakan masalah dan hari yang dihadapinya kepada Natasha ketika gadis itu sibuk menggubah bunga-bunganya.
"Free tak tengah hari ni?Jom lunch sekali", pelawa Ikmal.
Natasha mengangguk tanda setuju.
"Sha, saya nak nak tanya sikit, boleh?" tanya Ikmal kepada gadis di hadapannya itu.
"Boleh, takkan lah tak boleh", ujar Natasha pula.
"Erm, Sha ni dah berpunya ke? Saya tanya je", soal Ikmal.
Natasha hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda bahawa dia masih belum berpunya. Tanpa disedari Natasha, Ikmal menyimpul senyum kerana gadis yang diminati masih belum dimiliki sesiapa.
Hari demi hari berlalu. Natasha dan Ikmal sering makan tengah hari bersama. Jika tidak keluar ke mana-mana kedai makan, mereka akan makan di kedai bunga Natasha sahaja. Namun, satu hari, Ikmal tidak datang menemui Natasha. Hal ini membuatkan Natasha berasa bimbang dan segera mendail nombor Ikmal. Malangnya, panggilannya tidak dijawab.
Jam menunjukkan 6:30 petang. Natasha menutup kedai seperti selalu. Usai mengunci pintu kedainya, dia menuju ke arah motosikal miliknya. Natasha tergamam apabila melihat sesusuk tubuh sedang melutut di hadapannya kini. Ikmal yang berada di hadapannya menghulurkan sejambak mawar putih dan merah yang telah digubah oleh Natasha semalam.
"Am,bunga-bunga ni untuk siapa?" soal Natasha ketika tangannya sibuk menggubah bunga mawar putih dan merah.
"Someone special", ujar Ikmal bersama senyuman dan dapat dilihat matanya bersinar.
"Ouh, okay", ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Hatinya terguris kecewa apabila mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Ikmal.
Natasha berbalik ke alam nyata apabila sedar bahunya dicuit seseorang. Rupa-rupanya, Ikmal membawa ibunya sekali. Ikmal melamar gadis itu disaksikan oleh ibunya. Natasha menangis terharu dan menerima lamaran itu dan sekaligus tubuh kecilnya dipeluk oleh ibu Ikmal.
THE END
p/s: Maaf kalau kurang memuaskan hati mana-mana pihak yang telah membaca. Idea asal bukanlah datang daripada saya, tapi saya telah megolah semula cerita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan