Khamis, 5 Julai 2018

MOTIVATion

Assalamualaikum wbt,

Jari-jemari tiba-tiba rasa rajin nak menaip. Saya menaip pada saat ini adalah untuk menaikkan semangat anda yang sedang bersedih (harapnya naiklah semangat tu).

Ujian yang hadir pada seseorang insan bukanlah tanda benci tetapi tanda sayang dan kadang kala peringatan untuk menyedarkan kita dari terleka dengan keasyikan dunia. Kita mesti kuat untuk hadapi setiap ujian ini kerana Allah tak pernah menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang hambaNya. Sebagai contoh, kita minta pada Allah agar diampunkan dosa, esoknya Allah beri kita rasa sakit sebagai kifarah dosa-dosa kita. Namun,kita mengeluh dengan sakit yang menimpa sedangkan sakit itu penghapus dosa dan tanpa kita sedar Allah memakbulkan doa kita. Percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin bukan dalam masa terdekat untuk kita memahami dan melihat hikmah tersebut, tapi redhalah dengan setiap ketentuan Illahi.
   Ujian datang dalam pelbagai jenis. Ada yang diuji dengan kesihatan diri, ada yang diuji dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan mungkin seseorang istimewa. Kita mesti sabar dalam setiap situasi dan tak terburu-buru buat keputusan.
لا تحزن إن الله معنا
Setakat ini sahaja. Doa saya agar kalian dikuatkan hati untuk menempuhi ujian.
Salam sayang,
~uswah~
^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan