Selasa, 17 Januari 2017

CERPEN: Cinta Tetap Untukmu

"Mungkin kita pernah rasa
Tentang cinta yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara
Meluah cinta tanpa berkata atau berpandang mata" 

   Jari-jemarinya memetik gitar sambil mulutnya menyanyikan lagu milik penyanyi Najwa Latiff itu.Kenangan manis antara dia dan bekas kekasihnya masih segar bermain di memori.Fazrul Aiman nekad dengan keputusan yang telah dibuat.Dia mahu menjadi anak yang baik selepas kejadian dia ditangkap polis baru-baru ini.

   Telefon bimbit Fazrul berbunyi menandakan mesej masuk.

Abang datang tak malam ni?Anis harap abang datang.

   Pesanan itu dibaca.Fazrul mengeluh perlahan.Dia sebenarnya malas mahu mengikut kedua-dua orang tuanya untuk majlis makan malam syarikat bapanya.Tetapi,dia sudah betekad untuk menjadi anak yang baik.

Ya,Anis.Abang ikut sekali malam ni.

   Jarinya pantas menaip lalu dihantar pesanan itu buat Anis Fazliana.

"Mungkin dulu dia guna alasan yang sama untuk putus dengan ex-girlfriend dia",gumam Aina Farhana sendirian.


    Dia malas mahu melayan emosi sedihnya itu.Siapa yang tidak sedih andai berpisah dengan kekasih hati?Aina teringat akan kata-kata sahabatnya,"Kalau bila-bila kau rasa down,sedih tiga hari cukuplah.Hari keempat tu bangkit balik."

   Aina tersenyum sendiri.Kalau diikutkan hati,tempoh tiga hari belum boleh menghilangkan kesedihannya itu.Aina kemudiannya mengambil gitar miliknya dan mula memetik gitar.

"This is my fight song,
 Take back my life song,
 Prove I'm alright song..." 

   Fazrul segak berkemeja putih dan mengenakan kot hitam.Penampilannya persis pengaah muda syarikat ayahnya.Dia melemparkan senyuman manis buat para tetamu yang hadir,Ramai anak gadis VVIP termasuk Anis terpesona dengan senyuman Fazrul itu.

"Hari ini saya akan mengumumkan pertunangan anak lelaki kami,Fazrul Aiman dan Anis Fazliana yang merupakan anak kepada rakan karib saya",ujar bapa Fazrul,Abdul Halim.

   Bunyi sorakan dan tepukan silih berganti.Tak ramai juga gadis-gadis yang patah hati kerana jejaka idaman mereka sudah menjadi tunangan orang.Fazrul dan Anis hanya tersenyum sahaja.Mikrofon bertukar tangan.Fazrul sedikit gementar untuk memulakan ucapannya.

"First of all,thank you to all of you.Pray the best for us,hmm...I love you,thank you."

   Mikrofon diberikan pula kepada Anis."Hmm...Anis sebenarnya tak tahu nak cakap apa.Anis harap semua doakan kebahagiaan kami dan semua urusan kami dipermudahkan.Itu sahaja rasanya."

   Mereka beriringan turun daripada pentas.Anis memandang wajah Fazrul lalu mengukir senyuman nipis.Sudah hampir tiga tahun sejak rancangan penyatuan mereka diluahkan oleh keluarga Fazrul.


   "Aina,kau ok tak?Asyik murung je",ujar Anne kerana melihat Aina acapkali bersedih belakangan ini.

"Eh,aku ok lah.Aku sedih sebab Along aku dah lama tak balik",balas Aina cuba berdalih.

   Anne mengangguk faham.Anne kembali mengulang kaji nota-notanya dan meninggalkan Aina dengan kerjanya.Aina menyambung menaip di komputer ribanya.Jari-jemarinya laju menari di papan kekunci.

Kenapa baru tahun ni dia beritahu aku?Kenapa tak tiga tahun yang lepas?Ingat senang ke aku nak lupakan kau?Aku harap kau betul-betul tinggalkan aku.Jangan cari aku lagi atau bila-bila nanti.Jangan datang bila aku hampir dengan kebahagiaan.Jangan datang bila aku hampir dengan kejayaan.Tinggalkan aku selamanya.Selamat tinggal...

   Air matanya menitis lagi entah untuk yang ke berapa kali pun dia tidak pasti.Perpisahan yang sangat sukar untuk dia lepaskan setelah hampir lima tahun bersama.Aina sangat tidak menyangka bahawa Fazrul menyembunyikan rahsia itu selama tempoh mereka bersama.Aina mengambil telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi Whatsapp.Mesej ditaip.

Along,bila Along nak balik rumah.Adik rindu Along. 

Hujung minggu ni Along baliklah.Nanti bagitahu mama Along balik dengan kawan Along.

   Senyuman terukir di wajah manis Aina.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi lagi.

Awak tak rindukan saya?

   Wajah manis Aina bertukar muram.Hatinya mengeluh tanda kesal.Dia berkira-kira untuk membalas pesanan ringkas yang diterimanya itu.Bimbang langkah yang diambil bakal mengundang masalah kelak.

Kenapa?

Saya rindukan awak.

Ya?

Yes.

Ok lah.Saya sibuk.Bye.

   Pengakhiran mesej antara Aina dan Fazrul.Aina tidak sabar untuk bertemu abangnya,Amirul Firdaus.Dia keluar dari biliknya dan meninggalkan Anne sendirian.Dia melulu ke ruang tamu untuk memberitahu ibunya tentang berita itu.

"Mama,hujung minggu ni Along balik,tapi dia balik dengan kawan dia,"ujar Aina.

"Ok,sayang.Nanti kita pergi beli barang dapur ye,"balas mamanya.

"Yes,maam,"ujar Aina sambil membuat muka comelnya itu.

   Aina melangkah ke dapur untuk membancuh air untuk Anne.Kasihan melihat Anne bersengkang mata untuk menghadapi peperiksaan akhir mereka pada minggu hadapan.Tahun ini merupakan tahun akhir mereka dalam pengajian asasi farmasi dan kejuruteraan.

"Anne,nah!Minum air ni...kau tu parah sangat dah,"ujar Aina sambil menghulurkan mug yang berisi air Nescafe.

"Thanks,Aina.Hmm...bukan senang nak dapat,selalu kena pantang dengan Nescafe ni,"balas Aina lalu menghirup air tersebut.

"Eh,ni pun sebab milo dan seangkatan dengannya dah habis je,"balas Aina kembali.

   Aina mengambil posisisnya kembali di atas katil sambil ditemani komputer ribanya itu.Jari-jemarinya pantas menaip di papan kekunci.

Baru je cakap.Kenapa kau datang balik?Tolonglah...aku tak kuat.Ya Allah,Kau hilangkanlah aku dari ingatannya.Berilah dia kebahagiaan tanpa aku berada di sisinya.Jauhkanlah hatiku dan hatinya...

   Hujung minggu yang dinanti akhirnya tiba jua.Hati kecil Aina melompat girang.Abang kesayangannya bakal pulang ke rumah.Namun,dia juga tertanya-tanya siapa insan yang turut serta dengan kepulangan abangnya itu.Bunyi loceng menyebabkan Aina berhenti mengelamun dan dia terus berlari menuruni anak tangga.

"Along!Rindu!"jerit Aina dari tangga apabila pintu dibuka.

"Hei,budak kecik!Tudung mana?Nak kahwin sangat ke dengan kawan Along dekat luar tu?"tegur Amirul sambil menarik telinga Aina.

"Alaa...adik baru nak sarung,Along dah buka pintu.Hmm...mana kawan Along tu?"soal Aina tidak sabar sambil menyarungkan tudung yang dipegang tadi.

   Serentak itu,rakan abangnya itu muncul di hadapan pintu rumah mereka.

"Amir,kau nak aku angkat barang kau sekali ke?Lama betul buka pintu rumah",ujar Adam Fakhri merangkap rakan kepada Amirul Firdaus.

   Amirul segera ke luar rumah untuk mengangkat begnya.Sempat dia mencuri lihat ke arah adiknya itu.Sengaja mahu melihat reaksi adiknya apabila Adam Fakhri merangkap rakan karibnya itu muncul di hadapan pintu rumah mereka.Tersenyum Amirul kerana melihat wajah Aina berubah kelat.Aina berlari menuju ke biliknya.

"Amir,adik kau tu still marahkan aku ke?"soal Adam.

"Entahlah,kau kan Mr.Bullier dia yang paling dia benci",ujar Amirul dengan tawa kecil.

   Di bilik,Aina menghentak-hentakkan kakinya sambil memungut.Dia tidak pernah menyangka bahawa Adam a.k.a. Mr.Bullier itu merupakan rakan karib abangnya sehingga ke zaman univesiti.Semasa dia masih di bangku persekolahan,dia sering menjadi mangsa Adam.Adam sering menyuruhnya untuk membawa beg sekolahnya,membelanjanya dan macam-macam lagi perkara yang membuat Aina membenci Adam.Namun,Aina tidak pernah dibuli teruk oleh Adam kerana Aina merupakan adik rakan karibnya.

Tok!Tok!Tok!

   Pintu biliknya diketuk.Aina bingkas bangun dan menggapai sebatang pen dan sehelai kertas.

Adik tak nak keluar!

   Nota itu dihulur ke luar.Beberapa saat kemudian,telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Yelah..nanti turun makan.

   Pesanan daripada abangnya itu dibaca.Sengaja.Aina diam tidak memberi sebarang jawapan.15 minit kemudian,Aina keluar daripada biliknya.Dia terus menuju ke dapur untuk minum petang.Ternampak sahaja kelibat Adam,Aina segera mematikan langkah dan menoleh ke belakang.Tindakan Aina ditegur oleh ayahnya.

"Adik tak nak makan sekali ke?Ni Along dah balik."

"Hmm...memang nak makan sekali pun,papa",balas Aina sambil melangkah lemah ke arah meja makan.

   Dia duduk di hadapan Adam dan cuba berlagak tenang.Pada petang itu,mama Aina memasak bubur jagung kegemaran Amirul sebagai tanda menyambut kepulangannya.Amirul dan Adam makan dengan berselera.Usai makan,Aina menuju ke dapur untuk membasuh mangkuk yang telah digunakan.

"Tolong basuhkan Fakhri punya sekali",ujar Adam.

"Eh,sejak bila tukar panggilan?"sindir Aina perlahan.

"Suka hatilah.Nama abang jugak",balas Adam tidak mahu kalah.

"Abang?Werkk...",balas Aina sambil menjelir lidah kepada Adam.

"Dah.Bagi Along yang basuhlah.Tunggu kau orang berdua,sepuluh tahun pun belum tentu habis",ujar Amirul yang tiba-tiba muncul.

   Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Thank you,Along.Love you...muah",ujar Aina lalu memberi sebuah flying kiss buat abangnya itu.

   Tertawa kecil ibu dan ayah Aina melihat karenah anak-anak mereka.Aina terus menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Tiba-tiba,Aina terlihat sebuah siaran dengan wajah seseorang yang amat dia kenali.Siaran itu memaparkan pengumuman pertunangan antara Fazrul dan Anis beberapa hari lepas.Menyaksikan keceriaan di wajah kedua-dua pasangan itu membuatnya sedih bercampur geram.

"Menyampah",hanya itu yang terluah daripada mulut Aina.

"Pelik",sampuk Adam.

"Sibuk",balas Aina.

"Diamlah",ujar Amirul pula kerana ketenteramannya terganggu dek karenah mereka berdua.

   Aina meminta diri kerana mahu menyiapkan tugasannya.Walaupun hanya berbaki sedikit,namun dia tidak gemar menangguh kerjanya kerana bimbang kerja yang lain menanti.Aina sempat menuju ke dapur untuk membancuh air sebagai pengubat rasa mengantuk.Buah epal hijau diambil dari peti sejuk lalu dipotong untuk dibawa sekali menemaninya melakukan kerja.

"Mama,adik naik dulu ni.Nak siapkan assigntment",ujar Aina sebelum berlalu ke tingkat atas.

"Penuh tangan.Biar Along tolong",ujar Amirul sambil tangannya mencapai mug air yang ada di tangan Aina.

   Mereka bergerak menuju ke tingkat atas.Mug bertukar tangan dan mengucapkan terima kasih kepada abangnya sebelum abangnya berlalu pergi,Pintu dikunci dan Aina mula melakukan tugasannya.Aina teku melakukan tugasan yang diberikan sambil mendengar radio.

"Majlis perkahwinan antara Fazrul Aiman dan Anis Fazliana bakal berlangsung pada hujung minggu ini...."

   Aina mengeluh perlahan.Mengapakah dia harus mendengar tentang semua ini?Hati kecilnya meronta.Mahu sahaja dia menjerit kepada dunia bahawa dia  tidak mahu mengambil tahu langsung tentang Fazrul.Radio diperlahankan agar fokusnya tidak terganggu.

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatimu kasih,hatiku jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita 

   Nyanyian di radio sedikit sebanyak mengimbas kembali kisah cintanya bersama Fazrul suatu ketika dahulu.

"You,I ada something nak bagitahu",ujar Fazrul.

"What is it?"soal Aina ingin tahu.

"Actually my mom nak kahwinkan I dengan anak kawan dia",jawab Fazrul lancar.

"So?You nak kita putuslah ni?I'm okay,don't worry.Bye",balas Aina berlalu pergi.

   Aina terus mengatur langkah meninggalkan Fazrul sendirian.Walaupun Fazrul memanggil namanya,Aina tetap meneruskan langkahnya.


Tok!Tok!Tok!

  Ketukan di pintu mengembalikan Aina ke dunia nyata.Dia bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya.Wajah Amirul muncul di muka pintu bersama sepotong kek Creme Brulee kegemaran Aina.

"Wah favourite Aina ni",ujar Aina riang.

"Ya tahu,tapi ni bukan Along beli",ujar Amirul.

  Wajah Aina bertukar kelat.Sudahlah hampir separuh kek itu dimakannya.

"Habis tu?En.Adam Fakhri tu ke?"soal Aina.

   Amirul mengangguk.Aina menolak pinggan yang berbaki sedikit kek itu kembali kepada abangnya itu.

"Adikku Aina Farhana,habiskan je lah.Lawan ego tu",ujar Amirul lagi.

"Tengoklah.Nanti adik sambung makan ye,along",balas Aina lalu kembali menyiapkan tugasannya.

   Tidak sampai setengah jam,tugasannya selesai.Aina menjeling sekilas ke arah kek yang tidak dihabiskan.

"Kisah?Orang bagi kena habiskan",ujar Aina lalu menghabiskan kek tersebut.

"Awak,saya mengundang awak ke majlis perkahwinan saya pada hujung minggu hadapan."

   Telefon bimbit Aina berbunyi.Dia membaca pesanan ringkas yang diterima daripada Fazrul.Satu keluhan kecil dilepaskan.Pantas jari-jemarinya mendail nombor rakan karibnya,Anne untuk meminta pandangan.

"Okay,okay,aku ikut cakap kau",balas Aina mengakhiri perbualan mereka.

   Usai sarapan pada keesokan harinya,Aina mengatur langkah ke kolam ikan.Di kolam ikan,Aina mengatur pula langkahnya menghampiri Adam.Selesai sahaja dia memberitahu Adam mengenai permintaannya,sempat juga dia memberi amaran kepadanya,"Ingat ya,Mr.Bullier,jangan beritahu Along."

"Hmm,boleh tapi dengan syarat",ujar Adam sambil tersenyum nipis.

"Syarat?"soal Aina.

"Panggil abang dengan nama yang lebih elok",jawab Adam sebelum berlalu.

Along,nak number Mr.Bullier.

Eh,dah kenapa?Terjatuh cinta ke?

No!Adik ada benda sikit nak bincang dengan Mr.Bullier tu.

Ouh,sekejap.

Okayh.TQ.

"Okay.Abang Fakhri saved",ujar Aina.

  Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung,kelihatan semua orang sedang sibuk menguruskan hal-hal berkaitan.Anis menggunakan waktu ini untuk bertemu Fazrul.

"Abang,sory.Anis tak tahu",ujar Anis kesal.

"It's okay.Lagipun abang tak pernah cerita pada Anis",balas Fazrul pula.

"I don't know you really love her",Anis menyatakan lagi kekesalannya.

"Dah.Stop talking about it",jawab Fazrul lalu meninggalkan Anis sendiri.


"Adik,mama dengan papa kena ke Kuantan.Ada hal",ujar ibu Aina sewaktu mereka sedang menonton televisyen.

"Okay,mama.Mama janganlah risau,Along kan ada untuk jaga adik".jawab Aina sambil menyandarkan kepalanya pada bahu ibunya.

"Along ikutlah.Nanti Along suruh Anne datang temankan adik dengan Adam",balas Amirul pula.

   Aina mengangguk lemah.Mujur dia mahu ke majlis perkahwinan Fazrul bersama Adam dan Anne.Jika tidak,sudah pasti dia akan merengek-rengek untuk turut serta.Serentak itu,Anne tiba dengan membawa beg pakaiannya.

"Nah,ni baju untuk kau esok",Anne menghulurkan sebuah jubah yang sangat cantik.

"Kenapa lawa sangat ni?Nanti kalah pula pengantin",balas Aina disulam tawa kecil.

   Keesokan harinya,mereka bertolak ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.Setibanya di sana,Aina terpandangkan 'bunting' perkahwinan Fazrul.Dia menggosok matanya.

"Kenapa Aina?"soal Adam apabila melihat wajah Aina yang berkerut.

"Tak,'bunting' tu tulis nama siapa?"soalan dibalas soalan.

"Fazrul dan Anis",sampuk Anne dari belakang.

   Aina sekadar mengangguk dan meneruskan langkahnya.Setibanya di dalam hotel tersebut,Anne memimpin tangan Aina untuk ke suatu tempat sambil menutup matanya.

"Wei,Anne.Apa kau buat ni?"soal Aina cemas.

"Kejaplah.Aku buat surprise ni.Kita ada seat VVIP",balas Anne.

"Ouh,bawa aku elok-elok.Ni majlis orang ni kau jangan nak malukan aku",jawab Aina kemudiannya.

   Anne terus memimpin tangan Aina duduk di tempat yang dikhaskan.Anne membuka mata Aina yang ditutup sebentar tadi.Aina terpaku.Dia dapat melihat dengan jelas wajah abang,mama dan papanya.Otaknya masih cuba menafsir situasi yang sedang berlaku di hadapannya ini.

"Aku nikahkan kau,Fazrul Aiman bin Abdul Halim dengan anakku,Aina Farhana binti Haji Harun dengan mas kahwinnya satu ribu ringit tunai",ujar papa Aina.

"Aku terima nikahnya Aina Farhana binti Haji Harun dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai",lafaz Fazrul tenang.

   Fazrul berjalan ke arah Aina untuk menyarungkan cincin.

"I'm sorry,sayang",ujar Fazrul di telinga Aina.

"Surprise sangat",balas Aina sambil menyeka air matanya.

  Rupa-rupanya,Adam merupakan sepupu kepada Fazrul.Semua telah berpakat dalam hal ini.Pertunangan Fazrul dan Anis diputuskan oleh Anis kerana menyedari bahawa cinta Fazrul yang mendalam terhadap Aina.Aina menangis dalam gembira.
"Saya ingin menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Cinta Tetap Untukmu nyanyian Fazil Alipin.Lagu ini khas buat isteri yang sangat saya cintai",ujar Fazrul sambil memandang tepat ke wajah Aina.

Indah cinta bersamamu akanku kenang selalu
Jauh di lubuk hati inginkan dirimu

Banyak yang telah kita lalui bersama
Susah senang berdua takkan terlupakan

Kini masanya ku buktikan cintaku kepadamu
Sejauh mana aku pergi hatimu tetap bersamaku
Akanku cuba untuk menghalalkanmu 

Maafkan jika aku tak sempurna
dalam menjaga cinta kita 

Akanku berjuang demi cinta kita
Kerna cinta tetap untukmu

"I love you,Aina Farhana",ujar Fazrul.

   Sebuah kucupan mendarat di dahi Aina.Aina tersenyum bahagia.Inilah hikmah di sebalik semua yang berlaku terhadap perpisahannya dahulu.


2 ulasan: