Jumaat, 29 September 2017

16.09.17

Assalamualaikum wbt

Ini adalah really late post tentang Sambutan Hari Malaysia. Uswa dan kawan-kawan telah menyertai explorace pada hari tersebut. Meski tak dapat tempat, kami gembira sebab kami have fun and enjoy semua permainan dan task yang harus diselesaikan.

Sebenarnya, waktu ni kami semua tak berapa mengenali lagi. Alhamdulillah, lepas explorace pun, kami makin rapat dan masih berkawan lagi. Kalau ikutkan hati banyak lagi event yang uswa nak post, tapi masa tak izinkan. Nak tulis panjang-panjang pun berfikir banyak kali disebabkan kekangan masa.
Jadi, uswa simpulkan cerita melalui gambar-gambar je lah,ya?

-adila.aina.amir.asyiqin.eva.fad.fitri.luqman.mas.uswah-





Khamis, 17 Ogos 2017

CERPEN: Cinta Tetap Untukmu Part 2

Enam bulan berlalu


   Telefon bimbit Fazrul berbunyi menandakan satu mesej masuk.Aina membiarkan sahaja kerana tidak mahu Fazrul menyangka dia tidak mempercayainya. Kali ini, lagu 'Lebih Sempurna' menyanyi-nyanyi di telefon bimbit Fazrul minta dijawab. Aina melihat sekilas. Terpapar nama Sunshine. Aina masih tidak mengambil sebarang tindakan. Tiga kali berturut-turut nama Sunshine terpapar sebagai pemanggil. Aina menjawab panggilan yang keempat.

"Hello,baby boy. You jadi tak date dengan I hari ni? Lama dah I bagi you honeymoon dengan wife you", ujar pemilik suara Sunshine itu.


  Terdiam Aina mendengarnya, lalu dia mematikan panggilan. Selepas beberapa minit, Fazrul keluar dari tandas.

"Awak, telefon awak bunyi tadi", ujar Aina senada.

"Sayang, kesalahan apa yang I buat hari ni sampai you bersaya-awak ni?" soal Fazrul hairan.

"Nope. Just not in good mood. Erm, awak cakap tadi nak keluar. Ada urusan apa ya?" soal Aina cuba menduga kejujuran Fazrul.

"Reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Bukan urusan apa pun sayang", dalih Fazrul.

"Ouh,saya nak ikut boleh?" sengaja Aina menyoal.

"Eh, tak perlu lah sayang. Nanti saya risau awak bosan. Ok lah sayang,saya gerak dulu",ujar Fazrul lalu mencapai kunci kereta.


   Aina mendengar sahaja bunyi deruman kereta suaminya berlalu pergi. Dia menelefon Anne untuk meluahkan rasa hatinya. Anne memberi cadangan supaya Aina tidak cepat melatah dan tidak bersangka buruk terhadap Fazrul.

"Fazrul selalu ke buat macam ni?" tanya Anne ingin tahu.

"Sejak beberapa bulan ni, adalah kadang-kadang",Aina menyatakan kebimbangannya.

"Cuba tanya Mr.Bullier  kau tu. Mungkin dia tahu", cadang Anne.

"Bagus juga idea tu. Nanti aku cuba tanya dia", ringkas Aina membalas.


"Along tahu tak tentang ni?" soal Adam ingin tahu.

"Tak tahu. Abang Fakhri jangan buka cerita dekat Along,ya?" ujar Aina meminta belas ihsan Adam.

"Yes,ma'am. Berbalik pada soalan Aina, Sunshine tu boleh jadi ex-girlfriend Fazrul. Tapi, kita tak boleh nak menuduh dia tanpa sebarang bukti yang kukuh", Adam berbicara tenang,dengan harapan dapat meredakan kebimbangan yang bersarang di hati Aina.


   Di rumah, Adam ligat memikirkan cara untuk membantu menyelamatkan perkahwinan sepupunya itu. Bimbang andai Fazrul kembali menjadi seorang playboy. Andai itu berlaku, sudah pasti hancur hati Aina memandangkan usia perkahwinan mereka yang masih muda.

 Man, aku ada benda sikit nak tanya kau ni. Kalau kau tak busy,jom kita jumpa.

   Berkerut dahi Fazrul membaca mesej yang baru diterima dari Adam. Tertanya-tanya apakah hal yang ingin dibincangkan kerana Adam seorang yang sukar untuk diajak keluar melainkan ada hal penting.

+ Baby,what's wrong?Is it your wife?
_No,my cousin. He wants to meet me.
+Ouh,mesti hal penting. Baby,you tidur sini kan malam ni?

   Fazrul buntu mahu menjawab. Melihatkan reaksi Fazrul, Erene mengambil telefon bimbit milik Fazrul. Jarinya pantas menaip kemudian dia tersenyum puas.

"Okayh,baby.Done.Tonight, you'll sleep here."


   Telefonnya berbunyi. Aina pantas membuka untuk membaca mesej yang diterima.

 Malam ni,saya tak balik. Ada hal sikit.

   Hati wanita Aina dijentik resah. Mindanya sudah memikirkan pelbagai kemungkinan. Dia menangis. Bimbang suaminya itu akan meninggalkannya buat kali yang kedua. Bimbang andai perkahwinan yang baru dibina akan musnah di tengah jalan.


"Adam, sorry aku lambat sikit", ujar Fazrul yang baru tiba setelah lewat hampir sepuluh minit.

"It's okay,bro",balas Adam ringkas.

"So, what's the important thing?" soal Fazrul.

"Kau tak menduakan Aina kan?" soal Adam tanpa berselindung.Dia mahu mendengar penjelasan Fazrul.

   Fazrul terdiam mendengar soalan yang diajukan Adam kepadanya. Namun, hati lelakinya tidak mahu kalah dan dia masih berlagak tenang seolah-olah langsung tidak terpukul dengan soalan Adam itu. Fazrul merangka ayat yang bakal dituturnya.


   Malam itu, Adam tidak boleh lena memikirkan situasi yang berlaku siang tadi.

"Erene actually isteri aku. Kami kahwin after three months perkahwinan aku dengan Aina sebab, yelah kau pun tahu kan yang Erene tu first love aku. Lagipun Erene dah berubah,bro. Dia takkan tinggalkan aku dah. Mungkin aku akan ceraikan Aina sebab aku rasa cinta aku sekarang lebih kepada Erene dan biarlah Aina tu cari bahagia dia..."

   Belum sempat Fazrul menghabiskan ayatnya, sebuah penampar singgah di wajahnya. Tidak menyangka yang butir bicaranya turut didengari Aina dan Anne yang kebetulan berada di situ. Aina terus meluru keluar meninggalkan mereka bertiga. Tidak sangka dia dipermainkan sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Fazrul kemudiannya meminta diri kerana sedar dia menerima pandangan tajam dari Adam dan Anne.



   Aina sedang mengemas beg pakaiannya. Dia nekad mahu keluar dari rumah itu dan kalau boleh dia tidak mahu lagi berada di situ. Kedengaran enjin kereta Fazrul di perkarangan rumah. Makin laju tangannya memasukkan pakaian.

"Sayang...", Fazrul cuba meredakan kemarahan isterinya.

"Awak tak perlu panggil saya macam tu. Nak ceraikan saya? Ceraikanlah,daripada awak tak berlaku adil, better kita berpisah", ujar Aina masih mengawal bahasanya dengan insan yang masih bergelar suami itu.

"Sayang,kita bincang hal ni esok",Fazrul masih tidak mahu mengalah.

"Dah jelas yang cinta awak bukan untuk saya lagi dan mungkin itu juga alasan kenapa awak tak pernah sentuh saya. Saya bukan meminta, cuma tersedar akan sebuah hakikat. Saya takkan membenci,jadi lepaskan je saya", bicara Aina lagi.

"Selangkah awak keluar dari rumah ni, saya ceraikan awak", ucap Fazrul dengan harapan isterinya itu berhenti.

"Really? Good, sebab awak memang nak ceraikan saya nanti. Jadi, tiada sebab untuk saya berhenti", ujar Aina lalu meneruskan langkahnya keluar dari rumah dan menuju ke teksi yang sedang menunggu di hadapan pagar rumah mereka.


   Fazrul meraup wajahnya. Entah mengapa dia menyesal walaupun dia memang berniat akan menceraikan Aina nanti.


    Aina menuju ke rumah orang tuanya. Setibanya di sana, dia diasak dengan pelbagai soalan oleh mama dan papanya. Aina meminta agar diberi ruang dan berjanji akan bercerita pada keesokan harinya. Terdengar ketukan di biliknya. Aina pasti itu Along lalu membuka pintu bilik.

+ Anne dah cerita dekat Along tentang kejadian di kafe siang tadi.
- Anne?Along dengan Anne ni ada apa-apa ke?
+ Eh, dia ni! Along nak tahu cerita dia, dia sibuk nak korek cerita kita.
- Okayh, nanti adik paksa Anne yang cerita. Erm, Along...adik nak Along teman adik selesaikan urusan perceraian kami nanti.
+ What? Cerai?
- Yes. Kalau tak sekarang, nanti pun dia akan ceraikan adik Along ni sebab dia dah kahwin dengan first love dia.




Dua tahun kemudian

   "Jauhnya Aina lari dari semua orang. Balik Malaysia hari tu pun sebab abang Aina kahwin", ujar Adam sambil menikmati pemandangan di Dubai.

   "Aina tak lari,cuma nak tenangkan diri",jawab Aina ringkas.

   "Ni pun sebab abang ada kerja dekat sini. Dapatlah jumpa Aina. Sebenarnya abang ada benda nak cakap,tapi abang tak tahu masa sekarang ni sesuai atau tak",Adam berkata sedikit gugup.

   "Abang, Aina nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab abang selalu support Aina and always ada if Along dengan Anne tak dapat nak bantu Aina."

   "No problem",jawab Adam pendek.

Adam mengeluarkan sekotak cincin dan menyuakannya kepada Aina. Ada reaksi terkejut yang terpamer di wajah manis Aina.

   "Sudi tak Aina jadi isteri Mr.Bullier  ni? Sudi tak Aina menjalani segala susah dan senang yang akan datang dengan Mr.Bullier ni? Mr.Bullier yang ada dekat depan mata Aina ni tak sanggup kehilangan Aina untuk kali yang kedua. Abang tak nak Aina terlua buat kali yang ketiga. Jadi, will you marry me?" ucap Adam.

Ada nada bimbang dalam percakapannya. Aina memandang ke dalam mata Adam, cuba mencari sinar keihklasan kata-kata yang didengarnya. Tidak mahu hatinya terluka lagi. Andai itu berlaku, Aina tidak tahu mahu lari ke mana dan ke mana pula harus dia membawa diri.

   "Abang janji abang takkan jadi Mr.Bullier dah dan kalau nak buli pun, abang akan buli orang yang buli hati Aina",ucap Adam  sambil mengangkat tangan kanannya tanda berikrar.

  "Hujung minggu ni Aina balik Malaysia. Abang Fakhri bolehlah datang rumah jumpa mama dan papa", jawab Aina berkias.



   Sebulan berlalu dan mereka telah sah menjadi suami isteri. Majlis sederhana ringkas diadakan bagi meraikan pasangan pengantin. Para tetamu yang hadir mengucapkan tahniah. Fazrul dan Erene juga tidak melepaskan peluang. Meski luka lama masih ada, Aina tida berniat untuk menyimpan dendam dan menganggap bahawa dia dan Fazrul memang tidak berjodoh.

   "Abang, can I ask you something?" soal Aina.

   "Yes,honey. Kalau soalan tu tentang kenapa abang memilih Aina, jawapannya sebab Allah dah bagi abang cinta yang ditujukan kepada Aina",jawab Aina sambil memandang tepat ke mata isterinya.

   Aina tersenyum. Tidak perlu dia ajukan. Lelaki di hadapannya ini pandai membaca fikirannya. Mereka menikmati keindahan malam yang diserikan dengan cahaya bulan dan bintang. Aina memandang wajah tenang Adam di sisinya, 'Ya Allah, jika benar dia adalah yang terbaik untukku, satukan aku dan dia hingga ke akhir hayat kami. Jika dia tercipta untukku, kekalkan rasa sayang kami hingga akhir nafas kami dan dekatkan hatiku dengan hatinya. Andai telah ditakdirkan dia jodohku,maka aku terima dia seadanya.'


   Benarlah, terkadang orang yang tepat itu tidak dihadirkan kepada kita dengan cepat. Jodoh itu rahsia Allah, Allah temukan kita dengan orang yang salah pada awalnya dan temukan jodoh yang sesuai pada akhirnya.

TAMAT






Ahad, 4 Jun 2017

Secebis Coretan

Assalamualaikum wbt,

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi secebis coretan yang saya rasa bermanfaat untuk kita semua.Hayati dan fahami.

Kalau kita suka,sayang seseorang,jauhkan diri dari dia.Masa itu baru kau boleh beza kau suka dia sebab nafsu atau sebab Allah swt.Kalau suka ikut nafsu,kau tak boleh menjauh.Ada sahaja yang tak kena.Kalau kau suka sebab Allah swt,kau akan cuba kawal perasaan.Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut zina hati tapi sebut dia dalam doa tak pernah tinggal sebab kau tahu hati dia Allah swt pegang.Kau percaya Allah Maha Pengatur Segalanya?
Nah,nampak tak beza?
Bila orang tanya,"sayang dia tak?"
Kau jawablah,"sayang"
Perghhh,mendalam.
Siapa kita untuk menafikan perasaan yang hadir?
Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang?
Rujuklah kepada Dia untuk mendapat solusi.Dia PAKAR CINTA.Jika rindu titipkan dalam doa,Inshaa Allah,dia akan turut merasainya.Mohon Allah jaga.Mohon Allah lindung.Moga baik-baik dalam jagaannya.Lepaskan cinta yang tak halal.
Semoga berjaya diriku.

Baik.Seterusnya,saya nak kongsi ayat yang berjaya sentuh hati saya setiap kali saya baca.Saya tertarik sangat dengan isi sebuah doa yang saya baca dari sebuah novel,iaitu Relevankah Aku Di Hatimu.Hayati juga ya.

"Ya Rabbul 'Izzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."

Salam sayang,
uswah.

Ahad, 14 Mei 2017

Renungan Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ini,kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang di bawah.Waktu kita di atas,jangan pernah lupa untuk melihat ke bawah supaya kita tak riak,supaya kita tak lupa yang suatu ketika dahulu,kau juga pernah berada di situ.Di saat kau berada di bawah,dongak ke atas itu boleh,tapi jangan sampai hilang rasa syukur pada yang Maha Esa.Di saat kita mengalami kesulitan,ketahuilah ada lagi insan yang lebih menderita.Di saat kita rasa peritnya kehidupan,jangan lupa pada insan yang lebih berat Allah swt beri ujian.Allah swt tahu kau mampu.Kerana itu dia beri kau ujian itu.Hidup ini memang tidak semuanya indah.Terkadang kita harus menempuh satu kepahitan demi sebuah kebahagiaan.Saya juga ada khilaf,tapi tidak salah untuk berubah dari masa ke masa.

Sekian.
Hijrah itu mudah, yang susah itu istiqamah ��

Sabtu, 13 Mei 2017

Sabar

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni sis nak cerita sikit tentang sabar. Bagi sis sabar ni memang tiada had dan kita yang kena hadkannya. Kata orang kita kena sentiasa bersabar. Ya sis setuju. Cuma dalam sesetengah perkara awak kena juga pertahankan diri sendiri. Memang bagus untuk terus bersabar, tapi kalau mendatangkan mudarat pada awak...bahaya juga. Pertama kali, rasa nak marah kita sabar. Begitulah seterusnya, tapi sampai satu tahap awak akan lepaskan juga sebab mungkin awak rasa awak dah tak mampu nak tahan orang pijak kepala awak.

Macam sis. Sis pernah alami perkara ni. Sepanjang hampir 18 tahun hidup, ada satu peristiwa di mana kesabaran sis dah sampai ke hujung dan meletus. Sis sangat-sangat terkejut dan tak sangka. Jauh sis fikir kenapa sabar sis habis dan tak mampu nak bendung rasa marah. Nasib baik tak terjebak dalam kes lari rumah...hahah..

Baiklah. Sampai sini je untuk kali ni.
Stay cute and handsome.

Isnin, 24 April 2017

Ikan Keli Bakar

Assalamualaikum wbt
Hari ni sis try resipi baru...iaitu ikan keli bakar.Mudah je rupanya nak buat ikan keli bakar ni.
Bahan-bahan
~3 ekor ikan keli
~3 sudu teh garam
~3 sudu teh serbuk kunyit
Cara-cara
1.Basuh dan cuci bersih ikan keli
2.Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit
3.Bakar selama 15-20 minit bergantung pada kuantiti ikan.
Siap!!Untuk cicahan..anda boleh buat cicahan air asam atau apa-apa cicahan yg anda rasa sesuai.

Sabtu, 22 April 2017

Pengalaman IPG

Assalamualaikum wbt

Pada 17 April yg lalu,saya tlh mnjalani Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal(UKF) di IPG Ipoh.
Mmg pengalaman yg seronok.Tambah-tambah lagi bila kita dpt brkenalan dgn kawan baru.UKCG ni ujian bertulis dan.trbahagi kpd dua bhgian,iaitu bhgian A dan bhgian B.Bhgian A mgndungi 135 soalan dan masa yg diperuntukkan ialah 30 min,mnkala bhgian B mngndungi 60 soalan dan masa yg diperuntukkan ialah 15 min.
UKF pula ada lima stesen,iaitu BMI,bangkit tubi 5 variasi,tekan tubi tanpa henti,jangkauan melunjur dan yg terakhir bleep test.
Jgn risau...kita buat ikut kemampuan kita.
Hmm..jujur,balik dari IPG ni mmg penat tapi seronok.Inshaa Allah,jika ada rezeki dapatlah panggilan temuduga pada Mei nanti.Wish me luck.

Rabu, 12 April 2017

Ayam Paprik

Assalamualaikum wbt,

Okay,hari ni sis nak kongsi satu resepi.Resepi ayam paprik.Jujur,hari ni buat pertama kalinya sis cuba sendiri resepi ni.Selalunya sis tengok je dan tolong makan.Okay dekat bawah ni sis sertakan bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris(ikut citarasa sama ada mahukan bawang yang sikit atau banyak)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cili merah dihiris(kalau nak lebih pun boleh)
  • 2 biji putik jagung dihiris
  • 1/2 biji lobak merah dihiris
  • 2 biji kacang panjang dipotong
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya
Cara masak:

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan tumis sehingga pecah minyak lagi.(saya x tahu istilah yang tepat..hihi maaf)
  4. Masukkan ayam dan kacau.
  5. Masukkan air dan kacau.Biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Tambahkan semua bawang besar,cili merah,putik jagung,lobak merah dan kacang panjang.Kacau sehingga sayur layu sedikit.(jgn layu sgt nanti khasiat hilang)
  8. Tutupkan api dan ayam paprik sedia dihidangkan.


Okay,itu resipinya.Tapi,kalau anda nak menggantikan daun limau purut tu anda boleh gantikan dengan sos plum.Macam keluarga sis selalu buat.Hari ni kebetulan sos plum habis,jadi sis ganti dengan perahan limau nipis sebiji.
Maaf kalau ada yg terkurang atau terlebih.
ni yg sempat sis snap tadi.

Selamat mencuba.

Selasa, 4 April 2017

Tarbiah Sekejap...

Bila menerima itu nikmat
Ajari aku untuk memberi
Bila memberi itu berseri
Ajari aku untuk berbagi

Bila berbagi itu indah
Jauhkan aku dari rasa benci
Bila dibenci itu perit
Buatlah aku selalu tetap mencinta

Bila lara itu duka derita
Biasakan aku terus tabah dengan canda dan tawa
Bila canda tawa itu bahagia
Maka bahagiamu adalah bahagiaku

Bila cinta itu merima apa adanya
Ajari aku untuk selalu setia
Bila kesetiaan itu tidak ada duanya
Berilah aku waktu untuk membuatmu bahagia

Bila hidup dipenuhi dengan sejuta tangisan
Ajarilah aku untuk tersenyum dengan sejuta alasan

cc:@Tarbiah

channel Telegram:t.me/Tarbiah

Isnin, 20 Februari 2017

Pekerjaan yang Mulia


KELEBIHAN BERKERJA

  • menghasilkan keluaran berguna untuk keperluan negara
  • meningkatkan taraf ekonomi seseorang hasil pendapatan daripada pekerjaannya
  • dapat memenuhi masa dgn kegiatan berfaedah
  • dapat memelihara maruah dan harga diri
  • meningkatkan taraf sosial sesebuah masyarakat
KEBURUKAN MEMINTA-MINTA

  • membantutkan usaha-usaha kerajaan membangunkan negara
  • mencemarkan imej bangsa di mata antarabangsa
  • kurang pendapatan yg boleh merendahkan taraf ekonomi seseorang
  • malas dan menghabiskan masa dengan tidak melakukan aktiviti yg berfaedah
  • merendahkan kemuliaan diri kerana meminta ihsan daripada orang lain
CONTOH PEKERJAAN MULIA

1.Bekerja sendiri

  • tanggung risiko sendiri,lebih berdikari
2.Berniaga

  • 7/10 sumber pendapatan
  • pupuk sikap amanah dan jujur
*KELEBIHAN BERNIAGA
☺tingkatkan martabat ekonomi umat
☺menjadi sumber pendapatan yg berkat dan menguntungkan
☺menjadikan kehidupan lebih mudah dan lancar
☺membantu peniaga memasarkan barangannya
☺membantu pengguna mendapatkan barangan keperluannya

*CIRI-CIRI PENIAGA YANG BERJAYA
💗berilmu pengetahuan
💗bersifat jujur dan amanah
💗menunaikan zakat perniagaan
💗berusaha gigih
💗mengutamakan kebajikan di samping keuntungan
💗mempunyai perancangan

*CIRI-CIRI USAHAWAN BERRJAYA
★bermuhasabah dan mengingati hari pembalasan
★membantu orang yg kurang bernasib baik dengan mengeluarkan zakat-zakat dan sedekah
★menunaikan kewajipan dan perintah terhadap Allah dengan sempurna
★sentiasa mengingati Allah dalam setiap pekerjaan

Sekian untuk entri pada kali ini.Jika ada kekurangan,saya memohon ribuan ampun dan maaf.

Rabu, 8 Februari 2017

Menyesal dan Bertaubat

Assalamualaikum w.b.t.....

Hari ni jom kita ingat balik PQS tingkatan lima bab3.

Ni sekadar curahkan balik apa yang ada di atas kertas buku.


Dosa dan jenisnya

  • Dosa Besar→kesalahan2 yg akan diberi balasan oleh Allah swt dgn azab yg pedih di akhirat dan ditentukan hukuman semasa di dunia.


  • Dosa Kecil→kesalahan2 yg tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.
🌕Bertaubat→bahasa:kembali
istilah:berhenti drpd melakukan maksiat,menyesal akan kesalahan lalu dan berazam tak akan mengulanginya lagi.
wajib atas semua manusia yg melakukan dosa.

🌕Adab-adab Bertaubat

  • melalui berdoa kepada Allah memohon keampunan drpd dosa2 yg telah dilakukan
  • segera bertaubat apabila melakukan dosa
  • yakin Allah akan memakbulkan taubat
  • tidak ulang kesalahan yg sama
🌕Syarat Taubat

  • segera berhenti drpd melakukan maksiat berkenaan
  • hendaklah menyesal terhadap dosa yg telah dilakukan
  • berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu
  • jika dosa yg melibatkan manusia hendaklah meminta maaf drpd orang yg berkenaan
🌕Fadhilat Taubat

  • dosa2 akan dihapuskan oleh Allah
  • mendapat ketenangan jiwa
  • dikasihi Allah
  • Allah mengurniakan syurga
🌕Hikmah Taubat

  • dapat keampunan Allah
  • diberi petunjuk oleh Allah
  • keimanan terhadap Allah betambah
  • menjadi insan yg lebih bertakwa
Istiqamah→tekal,tetap dan berterusan serta sentiasa meningkatkan kebaikan
                 →perlu supaya:

  • sentiasa tingkatkan amalan kebaikan
  • boleh hindarkan diri drpd lemah semangat dan tidak tabah dalam perjuangan
  • umat islam tidak mudah mengalah/berputus asa dlm mencapai sesuatu matlamat
  • menjadi pendorong/motivasi kpd kejayaan dlm hidup seseorang dan seterusnya boleh menjadi contoh kpd orang lain
Pengajaran

  • Allah melarang umat islam mencampur adukkan antara perbuatan yg baik dengan yg tidak baik.
Penghayatan

  • istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan
  • sentiasa ikhlas dlm setiap tindak-tanduk
  • sentiasa bermuhasabah dan beristigfar,

Sekian sahaja untuk kali ini.Jika ada kelapangan waktu,inshaa Allah saya akan berkongsi tajuk yang lain pula.




Selasa, 17 Januari 2017

CERPEN: Cinta Tetap Untukmu

"Mungkin kita pernah rasa
Tentang cinta yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara
Meluah cinta tanpa berkata atau berpandang mata" 

   Jari-jemarinya memetik gitar sambil mulutnya menyanyikan lagu milik penyanyi Najwa Latiff itu.Kenangan manis antara dia dan bekas kekasihnya masih segar bermain di memori.Fazrul Aiman nekad dengan keputusan yang telah dibuat.Dia mahu menjadi anak yang baik selepas kejadian dia ditangkap polis baru-baru ini.

   Telefon bimbit Fazrul berbunyi menandakan mesej masuk.

Abang datang tak malam ni?Anis harap abang datang.

   Pesanan itu dibaca.Fazrul mengeluh perlahan.Dia sebenarnya malas mahu mengikut kedua-dua orang tuanya untuk majlis makan malam syarikat bapanya.Tetapi,dia sudah betekad untuk menjadi anak yang baik.

Ya,Anis.Abang ikut sekali malam ni.

   Jarinya pantas menaip lalu dihantar pesanan itu buat Anis Fazliana.

"Mungkin dulu dia guna alasan yang sama untuk putus dengan ex-girlfriend dia",gumam Aina Farhana sendirian.


    Dia malas mahu melayan emosi sedihnya itu.Siapa yang tidak sedih andai berpisah dengan kekasih hati?Aina teringat akan kata-kata sahabatnya,"Kalau bila-bila kau rasa down,sedih tiga hari cukuplah.Hari keempat tu bangkit balik."

   Aina tersenyum sendiri.Kalau diikutkan hati,tempoh tiga hari belum boleh menghilangkan kesedihannya itu.Aina kemudiannya mengambil gitar miliknya dan mula memetik gitar.

"This is my fight song,
 Take back my life song,
 Prove I'm alright song..." 

   Fazrul segak berkemeja putih dan mengenakan kot hitam.Penampilannya persis pengaah muda syarikat ayahnya.Dia melemparkan senyuman manis buat para tetamu yang hadir,Ramai anak gadis VVIP termasuk Anis terpesona dengan senyuman Fazrul itu.

"Hari ini saya akan mengumumkan pertunangan anak lelaki kami,Fazrul Aiman dan Anis Fazliana yang merupakan anak kepada rakan karib saya",ujar bapa Fazrul,Abdul Halim.

   Bunyi sorakan dan tepukan silih berganti.Tak ramai juga gadis-gadis yang patah hati kerana jejaka idaman mereka sudah menjadi tunangan orang.Fazrul dan Anis hanya tersenyum sahaja.Mikrofon bertukar tangan.Fazrul sedikit gementar untuk memulakan ucapannya.

"First of all,thank you to all of you.Pray the best for us,hmm...I love you,thank you."

   Mikrofon diberikan pula kepada Anis."Hmm...Anis sebenarnya tak tahu nak cakap apa.Anis harap semua doakan kebahagiaan kami dan semua urusan kami dipermudahkan.Itu sahaja rasanya."

   Mereka beriringan turun daripada pentas.Anis memandang wajah Fazrul lalu mengukir senyuman nipis.Sudah hampir tiga tahun sejak rancangan penyatuan mereka diluahkan oleh keluarga Fazrul.


   "Aina,kau ok tak?Asyik murung je",ujar Anne kerana melihat Aina acapkali bersedih belakangan ini.

"Eh,aku ok lah.Aku sedih sebab Along aku dah lama tak balik",balas Aina cuba berdalih.

   Anne mengangguk faham.Anne kembali mengulang kaji nota-notanya dan meninggalkan Aina dengan kerjanya.Aina menyambung menaip di komputer ribanya.Jari-jemarinya laju menari di papan kekunci.

Kenapa baru tahun ni dia beritahu aku?Kenapa tak tiga tahun yang lepas?Ingat senang ke aku nak lupakan kau?Aku harap kau betul-betul tinggalkan aku.Jangan cari aku lagi atau bila-bila nanti.Jangan datang bila aku hampir dengan kebahagiaan.Jangan datang bila aku hampir dengan kejayaan.Tinggalkan aku selamanya.Selamat tinggal...

   Air matanya menitis lagi entah untuk yang ke berapa kali pun dia tidak pasti.Perpisahan yang sangat sukar untuk dia lepaskan setelah hampir lima tahun bersama.Aina sangat tidak menyangka bahawa Fazrul menyembunyikan rahsia itu selama tempoh mereka bersama.Aina mengambil telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi Whatsapp.Mesej ditaip.

Along,bila Along nak balik rumah.Adik rindu Along. 

Hujung minggu ni Along baliklah.Nanti bagitahu mama Along balik dengan kawan Along.

   Senyuman terukir di wajah manis Aina.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi lagi.

Awak tak rindukan saya?

   Wajah manis Aina bertukar muram.Hatinya mengeluh tanda kesal.Dia berkira-kira untuk membalas pesanan ringkas yang diterimanya itu.Bimbang langkah yang diambil bakal mengundang masalah kelak.

Kenapa?

Saya rindukan awak.

Ya?

Yes.

Ok lah.Saya sibuk.Bye.

   Pengakhiran mesej antara Aina dan Fazrul.Aina tidak sabar untuk bertemu abangnya,Amirul Firdaus.Dia keluar dari biliknya dan meninggalkan Anne sendirian.Dia melulu ke ruang tamu untuk memberitahu ibunya tentang berita itu.

"Mama,hujung minggu ni Along balik,tapi dia balik dengan kawan dia,"ujar Aina.

"Ok,sayang.Nanti kita pergi beli barang dapur ye,"balas mamanya.

"Yes,maam,"ujar Aina sambil membuat muka comelnya itu.

   Aina melangkah ke dapur untuk membancuh air untuk Anne.Kasihan melihat Anne bersengkang mata untuk menghadapi peperiksaan akhir mereka pada minggu hadapan.Tahun ini merupakan tahun akhir mereka dalam pengajian asasi farmasi dan kejuruteraan.

"Anne,nah!Minum air ni...kau tu parah sangat dah,"ujar Aina sambil menghulurkan mug yang berisi air Nescafe.

"Thanks,Aina.Hmm...bukan senang nak dapat,selalu kena pantang dengan Nescafe ni,"balas Aina lalu menghirup air tersebut.

"Eh,ni pun sebab milo dan seangkatan dengannya dah habis je,"balas Aina kembali.

   Aina mengambil posisisnya kembali di atas katil sambil ditemani komputer ribanya itu.Jari-jemarinya pantas menaip di papan kekunci.

Baru je cakap.Kenapa kau datang balik?Tolonglah...aku tak kuat.Ya Allah,Kau hilangkanlah aku dari ingatannya.Berilah dia kebahagiaan tanpa aku berada di sisinya.Jauhkanlah hatiku dan hatinya...

   Hujung minggu yang dinanti akhirnya tiba jua.Hati kecil Aina melompat girang.Abang kesayangannya bakal pulang ke rumah.Namun,dia juga tertanya-tanya siapa insan yang turut serta dengan kepulangan abangnya itu.Bunyi loceng menyebabkan Aina berhenti mengelamun dan dia terus berlari menuruni anak tangga.

"Along!Rindu!"jerit Aina dari tangga apabila pintu dibuka.

"Hei,budak kecik!Tudung mana?Nak kahwin sangat ke dengan kawan Along dekat luar tu?"tegur Amirul sambil menarik telinga Aina.

"Alaa...adik baru nak sarung,Along dah buka pintu.Hmm...mana kawan Along tu?"soal Aina tidak sabar sambil menyarungkan tudung yang dipegang tadi.

   Serentak itu,rakan abangnya itu muncul di hadapan pintu rumah mereka.

"Amir,kau nak aku angkat barang kau sekali ke?Lama betul buka pintu rumah",ujar Adam Fakhri merangkap rakan kepada Amirul Firdaus.

   Amirul segera ke luar rumah untuk mengangkat begnya.Sempat dia mencuri lihat ke arah adiknya itu.Sengaja mahu melihat reaksi adiknya apabila Adam Fakhri merangkap rakan karibnya itu muncul di hadapan pintu rumah mereka.Tersenyum Amirul kerana melihat wajah Aina berubah kelat.Aina berlari menuju ke biliknya.

"Amir,adik kau tu still marahkan aku ke?"soal Adam.

"Entahlah,kau kan Mr.Bullier dia yang paling dia benci",ujar Amirul dengan tawa kecil.

   Di bilik,Aina menghentak-hentakkan kakinya sambil memungut.Dia tidak pernah menyangka bahawa Adam a.k.a. Mr.Bullier itu merupakan rakan karib abangnya sehingga ke zaman univesiti.Semasa dia masih di bangku persekolahan,dia sering menjadi mangsa Adam.Adam sering menyuruhnya untuk membawa beg sekolahnya,membelanjanya dan macam-macam lagi perkara yang membuat Aina membenci Adam.Namun,Aina tidak pernah dibuli teruk oleh Adam kerana Aina merupakan adik rakan karibnya.

Tok!Tok!Tok!

   Pintu biliknya diketuk.Aina bingkas bangun dan menggapai sebatang pen dan sehelai kertas.

Adik tak nak keluar!

   Nota itu dihulur ke luar.Beberapa saat kemudian,telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Yelah..nanti turun makan.

   Pesanan daripada abangnya itu dibaca.Sengaja.Aina diam tidak memberi sebarang jawapan.15 minit kemudian,Aina keluar daripada biliknya.Dia terus menuju ke dapur untuk minum petang.Ternampak sahaja kelibat Adam,Aina segera mematikan langkah dan menoleh ke belakang.Tindakan Aina ditegur oleh ayahnya.

"Adik tak nak makan sekali ke?Ni Along dah balik."

"Hmm...memang nak makan sekali pun,papa",balas Aina sambil melangkah lemah ke arah meja makan.

   Dia duduk di hadapan Adam dan cuba berlagak tenang.Pada petang itu,mama Aina memasak bubur jagung kegemaran Amirul sebagai tanda menyambut kepulangannya.Amirul dan Adam makan dengan berselera.Usai makan,Aina menuju ke dapur untuk membasuh mangkuk yang telah digunakan.

"Tolong basuhkan Fakhri punya sekali",ujar Adam.

"Eh,sejak bila tukar panggilan?"sindir Aina perlahan.

"Suka hatilah.Nama abang jugak",balas Adam tidak mahu kalah.

"Abang?Werkk...",balas Aina sambil menjelir lidah kepada Adam.

"Dah.Bagi Along yang basuhlah.Tunggu kau orang berdua,sepuluh tahun pun belum tentu habis",ujar Amirul yang tiba-tiba muncul.

   Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Thank you,Along.Love you...muah",ujar Aina lalu memberi sebuah flying kiss buat abangnya itu.

   Tertawa kecil ibu dan ayah Aina melihat karenah anak-anak mereka.Aina terus menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Tiba-tiba,Aina terlihat sebuah siaran dengan wajah seseorang yang amat dia kenali.Siaran itu memaparkan pengumuman pertunangan antara Fazrul dan Anis beberapa hari lepas.Menyaksikan keceriaan di wajah kedua-dua pasangan itu membuatnya sedih bercampur geram.

"Menyampah",hanya itu yang terluah daripada mulut Aina.

"Pelik",sampuk Adam.

"Sibuk",balas Aina.

"Diamlah",ujar Amirul pula kerana ketenteramannya terganggu dek karenah mereka berdua.

   Aina meminta diri kerana mahu menyiapkan tugasannya.Walaupun hanya berbaki sedikit,namun dia tidak gemar menangguh kerjanya kerana bimbang kerja yang lain menanti.Aina sempat menuju ke dapur untuk membancuh air sebagai pengubat rasa mengantuk.Buah epal hijau diambil dari peti sejuk lalu dipotong untuk dibawa sekali menemaninya melakukan kerja.

"Mama,adik naik dulu ni.Nak siapkan assigntment",ujar Aina sebelum berlalu ke tingkat atas.

"Penuh tangan.Biar Along tolong",ujar Amirul sambil tangannya mencapai mug air yang ada di tangan Aina.

   Mereka bergerak menuju ke tingkat atas.Mug bertukar tangan dan mengucapkan terima kasih kepada abangnya sebelum abangnya berlalu pergi,Pintu dikunci dan Aina mula melakukan tugasannya.Aina teku melakukan tugasan yang diberikan sambil mendengar radio.

"Majlis perkahwinan antara Fazrul Aiman dan Anis Fazliana bakal berlangsung pada hujung minggu ini...."

   Aina mengeluh perlahan.Mengapakah dia harus mendengar tentang semua ini?Hati kecilnya meronta.Mahu sahaja dia menjerit kepada dunia bahawa dia  tidak mahu mengambil tahu langsung tentang Fazrul.Radio diperlahankan agar fokusnya tidak terganggu.

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatimu kasih,hatiku jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita 

   Nyanyian di radio sedikit sebanyak mengimbas kembali kisah cintanya bersama Fazrul suatu ketika dahulu.

"You,I ada something nak bagitahu",ujar Fazrul.

"What is it?"soal Aina ingin tahu.

"Actually my mom nak kahwinkan I dengan anak kawan dia",jawab Fazrul lancar.

"So?You nak kita putuslah ni?I'm okay,don't worry.Bye",balas Aina berlalu pergi.

   Aina terus mengatur langkah meninggalkan Fazrul sendirian.Walaupun Fazrul memanggil namanya,Aina tetap meneruskan langkahnya.


Tok!Tok!Tok!

  Ketukan di pintu mengembalikan Aina ke dunia nyata.Dia bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya.Wajah Amirul muncul di muka pintu bersama sepotong kek Creme Brulee kegemaran Aina.

"Wah favourite Aina ni",ujar Aina riang.

"Ya tahu,tapi ni bukan Along beli",ujar Amirul.

  Wajah Aina bertukar kelat.Sudahlah hampir separuh kek itu dimakannya.

"Habis tu?En.Adam Fakhri tu ke?"soal Aina.

   Amirul mengangguk.Aina menolak pinggan yang berbaki sedikit kek itu kembali kepada abangnya itu.

"Adikku Aina Farhana,habiskan je lah.Lawan ego tu",ujar Amirul lagi.

"Tengoklah.Nanti adik sambung makan ye,along",balas Aina lalu kembali menyiapkan tugasannya.

   Tidak sampai setengah jam,tugasannya selesai.Aina menjeling sekilas ke arah kek yang tidak dihabiskan.

"Kisah?Orang bagi kena habiskan",ujar Aina lalu menghabiskan kek tersebut.

"Awak,saya mengundang awak ke majlis perkahwinan saya pada hujung minggu hadapan."

   Telefon bimbit Aina berbunyi.Dia membaca pesanan ringkas yang diterima daripada Fazrul.Satu keluhan kecil dilepaskan.Pantas jari-jemarinya mendail nombor rakan karibnya,Anne untuk meminta pandangan.

"Okay,okay,aku ikut cakap kau",balas Aina mengakhiri perbualan mereka.

   Usai sarapan pada keesokan harinya,Aina mengatur langkah ke kolam ikan.Di kolam ikan,Aina mengatur pula langkahnya menghampiri Adam.Selesai sahaja dia memberitahu Adam mengenai permintaannya,sempat juga dia memberi amaran kepadanya,"Ingat ya,Mr.Bullier,jangan beritahu Along."

"Hmm,boleh tapi dengan syarat",ujar Adam sambil tersenyum nipis.

"Syarat?"soal Aina.

"Panggil abang dengan nama yang lebih elok",jawab Adam sebelum berlalu.

Along,nak number Mr.Bullier.

Eh,dah kenapa?Terjatuh cinta ke?

No!Adik ada benda sikit nak bincang dengan Mr.Bullier tu.

Ouh,sekejap.

Okayh.TQ.

"Okay.Abang Fakhri saved",ujar Aina.

  Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung,kelihatan semua orang sedang sibuk menguruskan hal-hal berkaitan.Anis menggunakan waktu ini untuk bertemu Fazrul.

"Abang,sory.Anis tak tahu",ujar Anis kesal.

"It's okay.Lagipun abang tak pernah cerita pada Anis",balas Fazrul pula.

"I don't know you really love her",Anis menyatakan lagi kekesalannya.

"Dah.Stop talking about it",jawab Fazrul lalu meninggalkan Anis sendiri.


"Adik,mama dengan papa kena ke Kuantan.Ada hal",ujar ibu Aina sewaktu mereka sedang menonton televisyen.

"Okay,mama.Mama janganlah risau,Along kan ada untuk jaga adik".jawab Aina sambil menyandarkan kepalanya pada bahu ibunya.

"Along ikutlah.Nanti Along suruh Anne datang temankan adik dengan Adam",balas Amirul pula.

   Aina mengangguk lemah.Mujur dia mahu ke majlis perkahwinan Fazrul bersama Adam dan Anne.Jika tidak,sudah pasti dia akan merengek-rengek untuk turut serta.Serentak itu,Anne tiba dengan membawa beg pakaiannya.

"Nah,ni baju untuk kau esok",Anne menghulurkan sebuah jubah yang sangat cantik.

"Kenapa lawa sangat ni?Nanti kalah pula pengantin",balas Aina disulam tawa kecil.

   Keesokan harinya,mereka bertolak ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.Setibanya di sana,Aina terpandangkan 'bunting' perkahwinan Fazrul.Dia menggosok matanya.

"Kenapa Aina?"soal Adam apabila melihat wajah Aina yang berkerut.

"Tak,'bunting' tu tulis nama siapa?"soalan dibalas soalan.

"Fazrul dan Anis",sampuk Anne dari belakang.

   Aina sekadar mengangguk dan meneruskan langkahnya.Setibanya di dalam hotel tersebut,Anne memimpin tangan Aina untuk ke suatu tempat sambil menutup matanya.

"Wei,Anne.Apa kau buat ni?"soal Aina cemas.

"Kejaplah.Aku buat surprise ni.Kita ada seat VVIP",balas Anne.

"Ouh,bawa aku elok-elok.Ni majlis orang ni kau jangan nak malukan aku",jawab Aina kemudiannya.

   Anne terus memimpin tangan Aina duduk di tempat yang dikhaskan.Anne membuka mata Aina yang ditutup sebentar tadi.Aina terpaku.Dia dapat melihat dengan jelas wajah abang,mama dan papanya.Otaknya masih cuba menafsir situasi yang sedang berlaku di hadapannya ini.

"Aku nikahkan kau,Fazrul Aiman bin Abdul Halim dengan anakku,Aina Farhana binti Haji Harun dengan mas kahwinnya satu ribu ringit tunai",ujar papa Aina.

"Aku terima nikahnya Aina Farhana binti Haji Harun dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai",lafaz Fazrul tenang.

   Fazrul berjalan ke arah Aina untuk menyarungkan cincin.

"I'm sorry,sayang",ujar Fazrul di telinga Aina.

"Surprise sangat",balas Aina sambil menyeka air matanya.

  Rupa-rupanya,Adam merupakan sepupu kepada Fazrul.Semua telah berpakat dalam hal ini.Pertunangan Fazrul dan Anis diputuskan oleh Anis kerana menyedari bahawa cinta Fazrul yang mendalam terhadap Aina.Aina menangis dalam gembira.
"Saya ingin menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Cinta Tetap Untukmu nyanyian Fazil Alipin.Lagu ini khas buat isteri yang sangat saya cintai",ujar Fazrul sambil memandang tepat ke wajah Aina.

Indah cinta bersamamu akanku kenang selalu
Jauh di lubuk hati inginkan dirimu

Banyak yang telah kita lalui bersama
Susah senang berdua takkan terlupakan

Kini masanya ku buktikan cintaku kepadamu
Sejauh mana aku pergi hatimu tetap bersamaku
Akanku cuba untuk menghalalkanmu 

Maafkan jika aku tak sempurna
dalam menjaga cinta kita 

Akanku berjuang demi cinta kita
Kerna cinta tetap untukmu

"I love you,Aina Farhana",ujar Fazrul.

   Sebuah kucupan mendarat di dahi Aina.Aina tersenyum bahagia.Inilah hikmah di sebalik semua yang berlaku terhadap perpisahannya dahulu.