Khamis, 17 Ogos 2017

CERPEN: Cinta Tetap Untukmu Part 2

Enam bulan berlalu


   Telefon bimbit Fazrul berbunyi menandakan satu mesej masuk.Aina membiarkan sahaja kerana tidak mahu Fazrul menyangka dia tidak mempercayainya. Kali ini, lagu 'Lebih Sempurna' menyanyi-nyanyi di telefon bimbit Fazrul minta dijawab. Aina melihat sekilas. Terpapar nama Sunshine. Aina masih tidak mengambil sebarang tindakan. Tiga kali berturut-turut nama Sunshine terpapar sebagai pemanggil. Aina menjawab panggilan yang keempat.

"Hello,baby boy. You jadi tak date dengan I hari ni? Lama dah I bagi you honeymoon dengan wife you", ujar pemilik suara Sunshine itu.


  Terdiam Aina mendengarnya, lalu dia mematikan panggilan. Selepas beberapa minit, Fazrul keluar dari tandas.

"Awak, telefon awak bunyi tadi", ujar Aina senada.

"Sayang, kesalahan apa yang I buat hari ni sampai you bersaya-awak ni?" soal Fazrul hairan.

"Nope. Just not in good mood. Erm, awak cakap tadi nak keluar. Ada urusan apa ya?" soal Aina cuba menduga kejujuran Fazrul.

"Reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Bukan urusan apa pun sayang", dalih Fazrul.

"Ouh,saya nak ikut boleh?" sengaja Aina menyoal.

"Eh, tak perlu lah sayang. Nanti saya risau awak bosan. Ok lah sayang,saya gerak dulu",ujar Fazrul lalu mencapai kunci kereta.


   Aina mendengar sahaja bunyi deruman kereta suaminya berlalu pergi. Dia menelefon Anne untuk meluahkan rasa hatinya. Anne memberi cadangan supaya Aina tidak cepat melatah dan tidak bersangka buruk terhadap Fazrul.

"Fazrul selalu ke buat macam ni?" tanya Anne ingin tahu.

"Sejak beberapa bulan ni, adalah kadang-kadang",Aina menyatakan kebimbangannya.

"Cuba tanya Mr.Bullier  kau tu. Mungkin dia tahu", cadang Anne.

"Bagus juga idea tu. Nanti aku cuba tanya dia", ringkas Aina membalas.


"Along tahu tak tentang ni?" soal Adam ingin tahu.

"Tak tahu. Abang Fakhri jangan buka cerita dekat Along,ya?" ujar Aina meminta belas ihsan Adam.

"Yes,ma'am. Berbalik pada soalan Aina, Sunshine tu boleh jadi ex-girlfriend Fazrul. Tapi, kita tak boleh nak menuduh dia tanpa sebarang bukti yang kukuh", Adam berbicara tenang,dengan harapan dapat meredakan kebimbangan yang bersarang di hati Aina.


   Di rumah, Adam ligat memikirkan cara untuk membantu menyelamatkan perkahwinan sepupunya itu. Bimbang andai Fazrul kembali menjadi seorang playboy. Andai itu berlaku, sudah pasti hancur hati Aina memandangkan usia perkahwinan mereka yang masih muda.

 Man, aku ada benda sikit nak tanya kau ni. Kalau kau tak busy,jom kita jumpa.

   Berkerut dahi Fazrul membaca mesej yang baru diterima dari Adam. Tertanya-tanya apakah hal yang ingin dibincangkan kerana Adam seorang yang sukar untuk diajak keluar melainkan ada hal penting.

+ Baby,what's wrong?Is it your wife?
_No,my cousin. He wants to meet me.
+Ouh,mesti hal penting. Baby,you tidur sini kan malam ni?

   Fazrul buntu mahu menjawab. Melihatkan reaksi Fazrul, Erene mengambil telefon bimbit milik Fazrul. Jarinya pantas menaip kemudian dia tersenyum puas.

"Okayh,baby.Done.Tonight, you'll sleep here."


   Telefonnya berbunyi. Aina pantas membuka untuk membaca mesej yang diterima.

 Malam ni,saya tak balik. Ada hal sikit.

   Hati wanita Aina dijentik resah. Mindanya sudah memikirkan pelbagai kemungkinan. Dia menangis. Bimbang suaminya itu akan meninggalkannya buat kali yang kedua. Bimbang andai perkahwinan yang baru dibina akan musnah di tengah jalan.


"Adam, sorry aku lambat sikit", ujar Fazrul yang baru tiba setelah lewat hampir sepuluh minit.

"It's okay,bro",balas Adam ringkas.

"So, what's the important thing?" soal Fazrul.

"Kau tak menduakan Aina kan?" soal Adam tanpa berselindung.Dia mahu mendengar penjelasan Fazrul.

   Fazrul terdiam mendengar soalan yang diajukan Adam kepadanya. Namun, hati lelakinya tidak mahu kalah dan dia masih berlagak tenang seolah-olah langsung tidak terpukul dengan soalan Adam itu. Fazrul merangka ayat yang bakal dituturnya.


   Malam itu, Adam tidak boleh lena memikirkan situasi yang berlaku siang tadi.

"Erene actually isteri aku. Kami kahwin after three months perkahwinan aku dengan Aina sebab, yelah kau pun tahu kan yang Erene tu first love aku. Lagipun Erene dah berubah,bro. Dia takkan tinggalkan aku dah. Mungkin aku akan ceraikan Aina sebab aku rasa cinta aku sekarang lebih kepada Erene dan biarlah Aina tu cari bahagia dia..."

   Belum sempat Fazrul menghabiskan ayatnya, sebuah penampar singgah di wajahnya. Tidak menyangka yang butir bicaranya turut didengari Aina dan Anne yang kebetulan berada di situ. Aina terus meluru keluar meninggalkan mereka bertiga. Tidak sangka dia dipermainkan sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Fazrul kemudiannya meminta diri kerana sedar dia menerima pandangan tajam dari Adam dan Anne.



   Aina sedang mengemas beg pakaiannya. Dia nekad mahu keluar dari rumah itu dan kalau boleh dia tidak mahu lagi berada di situ. Kedengaran enjin kereta Fazrul di perkarangan rumah. Makin laju tangannya memasukkan pakaian.

"Sayang...", Fazrul cuba meredakan kemarahan isterinya.

"Awak tak perlu panggil saya macam tu. Nak ceraikan saya? Ceraikanlah,daripada awak tak berlaku adil, better kita berpisah", ujar Aina masih mengawal bahasanya dengan insan yang masih bergelar suami itu.

"Sayang,kita bincang hal ni esok",Fazrul masih tidak mahu mengalah.

"Dah jelas yang cinta awak bukan untuk saya lagi dan mungkin itu juga alasan kenapa awak tak pernah sentuh saya. Saya bukan meminta, cuma tersedar akan sebuah hakikat. Saya takkan membenci,jadi lepaskan je saya", bicara Aina lagi.

"Selangkah awak keluar dari rumah ni, saya ceraikan awak", ucap Fazrul dengan harapan isterinya itu berhenti.

"Really? Good, sebab awak memang nak ceraikan saya nanti. Jadi, tiada sebab untuk saya berhenti", ujar Aina lalu meneruskan langkahnya keluar dari rumah dan menuju ke teksi yang sedang menunggu di hadapan pagar rumah mereka.


   Fazrul meraup wajahnya. Entah mengapa dia menyesal walaupun dia memang berniat akan menceraikan Aina nanti.


    Aina menuju ke rumah orang tuanya. Setibanya di sana, dia diasak dengan pelbagai soalan oleh mama dan papanya. Aina meminta agar diberi ruang dan berjanji akan bercerita pada keesokan harinya. Terdengar ketukan di biliknya. Aina pasti itu Along lalu membuka pintu bilik.

+ Anne dah cerita dekat Along tentang kejadian di kafe siang tadi.
- Anne?Along dengan Anne ni ada apa-apa ke?
+ Eh, dia ni! Along nak tahu cerita dia, dia sibuk nak korek cerita kita.
- Okayh, nanti adik paksa Anne yang cerita. Erm, Along...adik nak Along teman adik selesaikan urusan perceraian kami nanti.
+ What? Cerai?
- Yes. Kalau tak sekarang, nanti pun dia akan ceraikan adik Along ni sebab dia dah kahwin dengan first love dia.




Dua tahun kemudian

   "Jauhnya Aina lari dari semua orang. Balik Malaysia hari tu pun sebab abang Aina kahwin", ujar Adam sambil menikmati pemandangan di Dubai.

   "Aina tak lari,cuma nak tenangkan diri",jawab Aina ringkas.

   "Ni pun sebab abang ada kerja dekat sini. Dapatlah jumpa Aina. Sebenarnya abang ada benda nak cakap,tapi abang tak tahu masa sekarang ni sesuai atau tak",Adam berkata sedikit gugup.

   "Abang, Aina nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab abang selalu support Aina and always ada if Along dengan Anne tak dapat nak bantu Aina."

   "No problem",jawab Adam pendek.

Adam mengeluarkan sekotak cincin dan menyuakannya kepada Aina. Ada reaksi terkejut yang terpamer di wajah manis Aina.

   "Sudi tak Aina jadi isteri Mr.Bullier  ni? Sudi tak Aina menjalani segala susah dan senang yang akan datang dengan Mr.Bullier ni? Mr.Bullier yang ada dekat depan mata Aina ni tak sanggup kehilangan Aina untuk kali yang kedua. Abang tak nak Aina terlua buat kali yang ketiga. Jadi, will you marry me?" ucap Adam.

Ada nada bimbang dalam percakapannya. Aina memandang ke dalam mata Adam, cuba mencari sinar keihklasan kata-kata yang didengarnya. Tidak mahu hatinya terluka lagi. Andai itu berlaku, Aina tidak tahu mahu lari ke mana dan ke mana pula harus dia membawa diri.

   "Abang janji abang takkan jadi Mr.Bullier dah dan kalau nak buli pun, abang akan buli orang yang buli hati Aina",ucap Adam  sambil mengangkat tangan kanannya tanda berikrar.

  "Hujung minggu ni Aina balik Malaysia. Abang Fakhri bolehlah datang rumah jumpa mama dan papa", jawab Aina berkias.



   Sebulan berlalu dan mereka telah sah menjadi suami isteri. Majlis sederhana ringkas diadakan bagi meraikan pasangan pengantin. Para tetamu yang hadir mengucapkan tahniah. Fazrul dan Erene juga tidak melepaskan peluang. Meski luka lama masih ada, Aina tida berniat untuk menyimpan dendam dan menganggap bahawa dia dan Fazrul memang tidak berjodoh.

   "Abang, can I ask you something?" soal Aina.

   "Yes,honey. Kalau soalan tu tentang kenapa abang memilih Aina, jawapannya sebab Allah dah bagi abang cinta yang ditujukan kepada Aina",jawab Aina sambil memandang tepat ke mata isterinya.

   Aina tersenyum. Tidak perlu dia ajukan. Lelaki di hadapannya ini pandai membaca fikirannya. Mereka menikmati keindahan malam yang diserikan dengan cahaya bulan dan bintang. Aina memandang wajah tenang Adam di sisinya, 'Ya Allah, jika benar dia adalah yang terbaik untukku, satukan aku dan dia hingga ke akhir hayat kami. Jika dia tercipta untukku, kekalkan rasa sayang kami hingga akhir nafas kami dan dekatkan hatiku dengan hatinya. Andai telah ditakdirkan dia jodohku,maka aku terima dia seadanya.'


   Benarlah, terkadang orang yang tepat itu tidak dihadirkan kepada kita dengan cepat. Jodoh itu rahsia Allah, Allah temukan kita dengan orang yang salah pada awalnya dan temukan jodoh yang sesuai pada akhirnya.

TAMAT