Ahad, 4 Jun 2017

Secebis Coretan

Assalamualaikum wbt,

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi secebis coretan yang saya rasa bermanfaat untuk kita semua.Hayati dan fahami.

Kalau kita suka,sayang seseorang,jauhkan diri dari dia.Masa itu baru kau boleh beza kau suka dia sebab nafsu atau sebab Allah swt.Kalau suka ikut nafsu,kau tak boleh menjauh.Ada sahaja yang tak kena.Kalau kau suka sebab Allah swt,kau akan cuba kawal perasaan.Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut zina hati tapi sebut dia dalam doa tak pernah tinggal sebab kau tahu hati dia Allah swt pegang.Kau percaya Allah Maha Pengatur Segalanya?
Nah,nampak tak beza?
Bila orang tanya,"sayang dia tak?"
Kau jawablah,"sayang"
Perghhh,mendalam.
Siapa kita untuk menafikan perasaan yang hadir?
Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang?
Rujuklah kepada Dia untuk mendapat solusi.Dia PAKAR CINTA.Jika rindu titipkan dalam doa,Inshaa Allah,dia akan turut merasainya.Mohon Allah jaga.Mohon Allah lindung.Moga baik-baik dalam jagaannya.Lepaskan cinta yang tak halal.
Semoga berjaya diriku.

Baik.Seterusnya,saya nak kongsi ayat yang berjaya sentuh hati saya setiap kali saya baca.Saya tertarik sangat dengan isi sebuah doa yang saya baca dari sebuah novel,iaitu Relevankah Aku Di Hatimu.Hayati juga ya.

"Ya Rabbul 'Izzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."

Salam sayang,
uswah.