Ahad, 14 Mei 2017

Renungan Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ini,kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang di bawah.Waktu kita di atas,jangan pernah lupa untuk melihat ke bawah supaya kita tak riak,supaya kita tak lupa yang suatu ketika dahulu,kau juga pernah berada di situ.Di saat kau berada di bawah,dongak ke atas itu boleh,tapi jangan sampai hilang rasa syukur pada yang Maha Esa.Di saat kita mengalami kesulitan,ketahuilah ada lagi insan yang lebih menderita.Di saat kita rasa peritnya kehidupan,jangan lupa pada insan yang lebih berat Allah swt beri ujian.Allah swt tahu kau mampu.Kerana itu dia beri kau ujian itu.Hidup ini memang tidak semuanya indah.Terkadang kita harus menempuh satu kepahitan demi sebuah kebahagiaan.Saya juga ada khilaf,tapi tidak salah untuk berubah dari masa ke masa.

Sekian.
Hijrah itu mudah, yang susah itu istiqamah ��

Sabtu, 13 Mei 2017

Sabar

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni sis nak cerita sikit tentang sabar. Bagi sis sabar ni memang tiada had dan kita yang kena hadkannya. Kata orang kita kena sentiasa bersabar. Ya sis setuju. Cuma dalam sesetengah perkara awak kena juga pertahankan diri sendiri. Memang bagus untuk terus bersabar, tapi kalau mendatangkan mudarat pada awak...bahaya juga. Pertama kali, rasa nak marah kita sabar. Begitulah seterusnya, tapi sampai satu tahap awak akan lepaskan juga sebab mungkin awak rasa awak dah tak mampu nak tahan orang pijak kepala awak.

Macam sis. Sis pernah alami perkara ni. Sepanjang hampir 18 tahun hidup, ada satu peristiwa di mana kesabaran sis dah sampai ke hujung dan meletus. Sis sangat-sangat terkejut dan tak sangka. Jauh sis fikir kenapa sabar sis habis dan tak mampu nak bendung rasa marah. Nasib baik tak terjebak dalam kes lari rumah...hahah..

Baiklah. Sampai sini je untuk kali ni.
Stay cute and handsome.