Sekadar perkongsian dan curahan hati.Berusaha menjadi insan yang mampu berbakti pada agama,bangsa,negara dan keluarga.
Isnin, 24 April 2017
Ikan Keli Bakar
Hari ni sis try resipi baru...iaitu ikan keli bakar.Mudah je rupanya nak buat ikan keli bakar ni.
Bahan-bahan
~3 ekor ikan keli
~3 sudu teh garam
~3 sudu teh serbuk kunyit
Cara-cara
1.Basuh dan cuci bersih ikan keli
2.Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit
3.Bakar selama 15-20 minit bergantung pada kuantiti ikan.
Siap!!Untuk cicahan..anda boleh buat cicahan air asam atau apa-apa cicahan yg anda rasa sesuai.
Sabtu, 22 April 2017
Pengalaman IPG
Assalamualaikum wbt
Pada 17 April yg lalu,saya tlh mnjalani Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal(UKF) di IPG Ipoh.
Mmg pengalaman yg seronok.Tambah-tambah lagi bila kita dpt brkenalan dgn kawan baru.UKCG ni ujian bertulis dan.trbahagi kpd dua bhgian,iaitu bhgian A dan bhgian B.Bhgian A mgndungi 135 soalan dan masa yg diperuntukkan ialah 30 min,mnkala bhgian B mngndungi 60 soalan dan masa yg diperuntukkan ialah 15 min.
UKF pula ada lima stesen,iaitu BMI,bangkit tubi 5 variasi,tekan tubi tanpa henti,jangkauan melunjur dan yg terakhir bleep test.
Jgn risau...kita buat ikut kemampuan kita.
Hmm..jujur,balik dari IPG ni mmg penat tapi seronok.Inshaa Allah,jika ada rezeki dapatlah panggilan temuduga pada Mei nanti.Wish me luck.
Rabu, 12 April 2017
Ayam Paprik
Okay,hari ni sis nak kongsi satu resepi.Resepi ayam paprik.Jujur,hari ni buat pertama kalinya sis cuba sendiri resepi ni.Selalunya sis tengok je dan tolong makan.Okay dekat bawah ni sis sertakan bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan:
- 4 ketul ayam dihiris halus
- 2 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris(ikut citarasa sama ada mahukan bawang yang sikit atau banyak)
- 2 helai daun limau purut
- 1/2 cili merah dihiris(kalau nak lebih pun boleh)
- 2 biji putik jagung dihiris
- 1/2 biji lobak merah dihiris
- 2 biji kacang panjang dipotong
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 cawan air
- garam secukupnya
- Panaskan minyak.Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan semua sos dan tumis sehingga pecah minyak lagi.(saya x tahu istilah yang tepat..hihi maaf)
- Masukkan ayam dan kacau.
- Masukkan air dan kacau.Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tambahkan semua bawang besar,cili merah,putik jagung,lobak merah dan kacang panjang.Kacau sehingga sayur layu sedikit.(jgn layu sgt nanti khasiat hilang)
- Tutupkan api dan ayam paprik sedia dihidangkan.
Okay,itu resipinya.Tapi,kalau anda nak menggantikan daun limau purut tu anda boleh gantikan dengan sos plum.Macam keluarga sis selalu buat.Hari ni kebetulan sos plum habis,jadi sis ganti dengan perahan limau nipis sebiji.
Maaf kalau ada yg terkurang atau terlebih.
![]() |
ni yg sempat sis snap tadi. |
Selamat mencuba.
Selasa, 4 April 2017
Tarbiah Sekejap...
Ajari aku untuk memberi
Bila memberi itu berseri
Ajari aku untuk berbagi
Bila berbagi itu indah
Jauhkan aku dari rasa benci
Bila dibenci itu perit
Buatlah aku selalu tetap mencinta
Bila lara itu duka derita
Biasakan aku terus tabah dengan canda dan tawa
Bila canda tawa itu bahagia
Maka bahagiamu adalah bahagiaku
Bila cinta itu merima apa adanya
Ajari aku untuk selalu setia
Bila kesetiaan itu tidak ada duanya
Berilah aku waktu untuk membuatmu bahagia
Bila hidup dipenuhi dengan sejuta tangisan
Ajarilah aku untuk tersenyum dengan sejuta alasan
cc:@Tarbiah
channel Telegram:t.me/Tarbiah