Sekadar perkongsian dan curahan hati.Berusaha menjadi insan yang mampu berbakti pada agama,bangsa,negara dan keluarga.
Khamis, 31 Julai 2014
LAKSA
Hari nie..aku nak cerita pasal laksa...yang merupakan makanan kegemaran aku sejak kecil.Mesti korang nak tau macam mana aku boleh minat sangat dengan laksa nie kan??? Macam nie....waktu aku kecik, arwah opah aku belah ayah jual laksa di pekan Parit Buntar. Lepas itu, waktu raya...laksa merupakan salah satu daripada hidangan yang wajib ada di atas meja makan kami. Laksa nombor 2 yang paling aku suka ialah laksa nenek aku belah mak....kalau mak cik aku yang buat mesti aku beria sangat nak tolong...hehe..sebab??? Sebab...aku boleh curi-curi rasa kuah laksa tu... Laksa nombor 3 pulak...laksa Kedah kat Taman Polo, Ipoh.... Dulukan aku tinggal sana...Jadi, hampir setiap minggu datang situ dan hidangan wajib beli ialah laksa Kedah ...Last sekali, laksa yang mak kawan aku buat... Aku rasa laksa nie..waktu jamuan kelas aku tahun lepas...sedap... Bila ingat balik...lawak pulak sebab tengah senduk laksa tu..tersepit jari sendiri kat penyepit laksa dan berdarah. Lepas tu..boleh menangis beria sangat...sakit sangat ke?? Entahlah..aku pun tak tahu. Hish..buat malu je kan??oklah sampai sini je dulu...ASSALAMUALAIKUM...
Langgan:
Catatan (Atom)