Jumaat, 12 Disember 2014

FALLING TO YOU

aku jatuh cinta!!!!

ok!!!
tak faham..kan....

Sekarang ni memang musim aku layan novel-novel yang ada ni...It's better than aku bercinta dengan ntah sesape kan...Jadi, bila baca novel..ada siapa...ada heroin...lagi...mestilah ada hero....Dah hero-hero dalam novel-novel tu menarik hati..nak buat macam mana kan...Hari ni..tak boleh nak buat tanda soal...sebab...ada problem skit..huhuhu....Hurm..Whatever lah ...

~BILA BLOGGER JADI MAID
~BIARKAN YM TERUS BERBICARA
~DOKTOR CINTA
~KALAU MEMANG HARUS BEGITU

yang kat atas tu semua adalah novel-novel baru habis baca setakat ni...tiga baru first time baca...lagi satu tu ulang baca nalik..sebab..best...yang mana yang ulang tu....BILA BLOGGER JADI MAID...dan sebab novel tu jugak slalu je terfikir...lps SPM nak apply jadi maid...haha....macam family bagi je....hehe..tak pe.. tak nak pun...saje menggedik .....

Jumaat, 28 November 2014

AWAK SAYA PUNYA!!!

 Jam locengnya berbunyi menunjukkan jam 6:30 pagi. Nurul Adiya Zulaikha menggeliat lalu bangun daripada tidurnya. Dia segera menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.

Tok!Tok!Tok!

 Pintu biliknya diketuk."Diya,jom sarapan dulu",panggil satu suara dari luar biliknya. "Ok, mama. Diya datang ni...",balas gadis itu. Dia terus meluru ke ruang makan rumahnya di tingkat bawah. "Urm...sedapnya bau...", puji Zulaikha terhadap masakan mamanya.

 "Diya, balik tak makan tengah hari hari ni?"soal papa Zulaikha.

 "Tak tahu lagilah, papa. Tengoklah dulu kalau farmasi Diya tak ramai orang", balas Zulaikha kepada papanya.

 "Mama, papa...Diya gerak dululah", kata gadis itu lagi. Dia bersalaman dengan kedua orang tuanya sebelum pergi ke kerja.

 Laju sahaja motosikalnya meluncur keluar dari rumahnya. Papa yang baru sahaja keluar hanya menggelengkan kepalanya.Diya...Diya, doktor tapi perangai tu...sikit tak macam doktor. Papa hanya mengucapkan kata-kata itu di dalam hati sebelum bertolak ke tempat kerjanya.

 Di pejabat, Rayyan sibuk dengan kerjanya. Hari ini, dia tidak begitu sihat. Kepalanya agak pening dan badannya terasa sedikit panas. Telefon bimbitnya berbunyi. Itu menandakan satu mesej diterima. Rayyan mencapai telefon bimbitnya untuk melihat mesej tersebut.


Anak ibu ni...jangan lupa pergi klinik/farmasi...jaga kesihatan alang tu.
 Rayyan tersenyum lalu membalas mesej ibunya itu.

  Ok..ibu. Anak ibu ni menurut perintah.
 Rayyan merupakan satu-satunya anak di dalam keluarganya yang masih tidak berkahwin. Adik perempuannya juga sudah berkahwin. Dia masih belum berjumpa dengan wanita yang mampu mencuri hatinya.

 Waktu rehat. Rayyan memandu kereta BMWnya ke klinik. Selepas selesai, dia menuju ke unit farmasi untuk mengambil ubat yang diperlukannya. "Eh, salah ubat ni!"Rayyan mengomel sendirian. Rayyan kembali ke bilik pemeriksaan. Mujur tiada pesakit lain di situ.

 "Doktor...Zulaikha", Rayyan memanggil Zulaikha berpandukan tanda nama yang dipakai oleh Zulaikha.

 "Ya, saya...", balas Zulaikha.

 "Saya nak ubat saya", pinta Rayyan kepada gadis itu lalu menghulurkan ubatnya yang telahpun diterimanya sebantar tadi.

 "Oh, maafkan saya encik...", Zulaikha memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh pekerjanya.

 "Encik Rayyan Adha", kata Rayyan lagi.

 Zulaikha meminta diri untuk keluar. Dia menuju ke arah unit farmasi untuk mengambil ubat yang betul untuk Rayyan.

 "Maaf, Encik Adha", Zulaikha memohon maaf sekali lagi.

 "It's okay...anyway just call me Adha", kata Rayyan sebelum beredar dari situ.

 Selesai waktu kerja, Rayyan terus pulang ke rumah.

 "Ad...Ad ok tak ni?" soal ibu Rayyan.

 "Ad ok ibu...Ad kan kuat... Eh, ibu! Along, angah and yang lain-lain mana?" Rayyan berkata-kata apabila melihatkan keadaan ruang tamu rumahnya yang sedikit lengang.

 "Ada dalam bilik tu hah...sekejap lagi keluarlah tu...", balas ibu.

 "Ayah dengan ibu ada hal sikit nak bincang dengan kamu ni Ad", kata ayah Rayyan.

 "Owh..ok", balas Rayyan.

"Yeay..lepas ni Iecha dapat kakak ipar baru", adik Rayyan itu bersorak kegirangan. Langsung tidak diendahkan suaminya yang merenung ke rahnya sambil menggeleng kepala.

 "Apalah yang Iecha cakap ni?" omel Rayyan. Farid yang merupakan anak sulung keluarga itu meletakkan beberapa keping gambar di atas meja. Macam pernah tengok je perempuan ni...Doktor Zulaikha ke? Desis hati kecil Rayyan.

 "Ini Zulaikha anak kawan ibu...", kata ibu Rayyan. Keluarga Rayyan telah menjemput Zulaikha sekeluarga untuk makan malam di rumah mereka. Mereka juga akan membincangkan mengenai rancangan perkahwinan Rayyan dan Zulaikha pada malam itu.

 Alhamdulillah, makan malam di rumah keluarga Rayyan berjalan lancar. Persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak. Zulaikha akan dirisik pada hujung minggu ini. Seterusnya, majlis akad nikah akan diadakan pada minggu hadapannya.

"Aku terima nikahnya Nurul Adiya Zulaikha binti Abdul Rashid dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai", ujar Rayyan dengan tenang dan lancar. Hanya dengan sekali lafaz sahaja Rayyan dan Zulaikha telah sah menjadi pasangan suami isteri.

 "Rayyan, tahniah...kau jangan lupa pulak pengapit kau ni...", ujar Ashraf, rakan karib Rayyan.

"Kau ni kan Ash....mana boleh lupa kat kau...kawan tetap kawan", balas Rayyan lagi.  Sempat lagi mereka berbual ketika majlis sedang berlangsung. Akhirnya, majlis perkahwinan mereka selesai juga.

 Malam itu, Rayyan menggunakan peluang yang ada untuk mengenal Zulaikha dengan lebih terperinci. "Kenapa Diya terima abang jadi suami Diya?" soal Rayyan.

 "Diya terima Ad sebab Diya percaya pada jodoh yang Allah dah tetapkan untuk Diya. Lagipun, Diya tak mahu ingkar arahan mama dan papa", tenang sahaja Zulaikha membalas pertanyaan suaminya itu.

 "Diya nak tahu kenapa abang terima Diya? Ni abang bagitahu Diya ye...", Rayyan berkata sambil memegang kedua-dua belah bahu Zulaikha.

 "Sebab...abang rasa abang jatuh cinta dekat Diya waktu kita jumpa dulu...dekat klinik tu. Tapi, waktu tu abang tak nak cakap sebab Diya belum sah lagi jadi isteri abang. Sekarang ni dah halal...jadi bolehlah abang cakap. Rayyan Adha yang merupakan suami kepada Nurul Adiya Zulaikha ni ataupun suami yang paling romantik abad ini...sangat mencintai sayang", ujar Rayyan panjang lebar.

 Zulaikha terharu dengan pengakuan suaminya sebentar tadi. Dia tidak menyesal dengan perkahwinannya ini. Benar kata orang, cinta sebelum nikah memang indah, tapi cinta lepas nikah adalah yang terindah.

 "I love you, Nurul Adiya Zulaikha..", ujar Rayyan lalu sebuah kucupan dihadiahkan buat Zulaikha di dahinya.


 "me too...", kata Zulaikha lalu mendakap suaminya itu.

 "Sayang..tengok bulan tu", ujar Rayyan sambil menunjuk ke arah bulan.

 "Kenapa dengan bulan tu?" tanya Zulaikha.

 "Bulan tu cantik macam awaklah...tapi kalau bulan tu tak ada pun saya still sayang dekat sayang saya ni..", ujar Rayyan lagi. Zulaikha hanya tersenyum mendengar kata-kata Rayyan itu.


 Mereka berdua menghayati keindahan malam bersama. Masing-masing berharap agar ikatan perkahwinan yang telah dijalin akan kekal hingga ke syurga.


Isnin, 24 November 2014

SSE U DI IPT......

Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

C / O 1:
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

(Ulang C/O 1)

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT

Khamis, 31 Julai 2014

LAKSA

Hari nie..aku nak cerita pasal laksa...yang merupakan makanan kegemaran aku sejak kecil.Mesti korang nak tau macam mana aku boleh minat sangat dengan laksa nie kan??? Macam nie....waktu aku kecik, arwah opah aku belah ayah jual laksa di pekan Parit Buntar. Lepas itu, waktu raya...laksa merupakan salah satu daripada hidangan yang wajib ada di atas meja makan kami. Laksa nombor 2 yang paling aku suka ialah laksa nenek aku belah mak....kalau mak cik aku yang buat mesti aku beria sangat nak tolong...hehe..sebab??? Sebab...aku boleh curi-curi rasa kuah laksa tu... Laksa nombor 3 pulak...laksa Kedah kat Taman Polo, Ipoh.... Dulukan aku tinggal sana...Jadi, hampir setiap minggu datang situ dan hidangan wajib beli ialah laksa Kedah ...Last sekali, laksa yang mak kawan aku buat... Aku rasa laksa nie..waktu jamuan kelas aku tahun lepas...sedap... Bila ingat balik...lawak pulak sebab tengah senduk laksa tu..tersepit jari sendiri kat penyepit laksa dan berdarah. Lepas tu..boleh menangis beria sangat...sakit sangat ke?? Entahlah..aku pun tak tahu. Hish..buat malu je kan??oklah sampai sini je dulu...ASSALAMUALAIKUM...

Jumaat, 30 Mei 2014

PERSEDIAAN UNTUK MISS KPM 2014

MISS KPM singkatan untuk Majlis Ikhtifal Sekola Sekolah....amat menakutkan aku.Alhamdulillah, aku dan beberapa lagi rakan akan mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan di Melaka.Pertandingan yang akan berlangsung pada 9 Jun hingga 12 Jun ini aku harapkan akan memberi kejayaan kepada kami.Semoga segala persediaan yang telah kami lakukan membuahkan hasil.Walaupun kumpulan hiwar menengah rendah diganti dengan seorang ahli yang baru,aku harap semangat berkumpulan antara kami akan lebih kuat memandangkan yang menggantikannya merupakan rakan di tepi meja aku sahaja.Begi tu dengan acara yang lain....Kalimah As-Sobbah(MR&MA), Kuiz Bahasa Arab(MA&MR), Kuiz Ilmu Wahyu(MA&MR), Hiwar(MA),Qiraat Sab'ah Bittarannum(MA&MR)